Oct 1, 2014

Antabax & AEON Sokong Yayasan AEON Malaysia, Sumbang Dana Melebihi RM23,000


Lam Soon Pamer Pusat Pengedaran Utara yang Memenangi Pelbagai Anugerah Alam Sekitar

Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif oleh Lam Soon, telah bekerjasama dengan peruncit terkemuka AEON bagi mengutip dana berjumlah RM23,428.60 untuk disumbangkan kepada Yayasan AEON Malaysia menerusi kempen amal ‘Rising Together, Miracle Pine’.
 

With All Our Hearts from Antabax, AEON & Lam Soon (L to R) Mr Francis NgGeneral Manager, Household and Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mr. Neoh Poay Eong, General Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Ms. Pua Poi Tuan, Senior Manager, Grocery, Non Food & HBC Foodline Merchandising Division and Puan Nor Laila Mohd Samin, Senior Manager, Corporate Communication & Branding, & The Secretariat of Malaysian AEON Foundation


Majlis penyampaian cek diadakan di Pusat Pengedaran Utara Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd di Bukit Minyak, sebuah bangunan yang telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan bangunan hijau. Upacara penanaman pokok dijalankan bagi memperingati majlis tersebut. Ia sesuai dengan tema kempen tersebut iaitu pokok pain, disusuli dengan sesi lawatan bangunan.
 


Dari 27 Disember 2013 hingga 30 April 2014, 10% daripada hasil jualan kesemua produk Antabax menerusi semua cawangan AEON di seluruh negara disalurkan kepada ‘With All Our Hearts’ (WAOH) Yayasan AEON Malaysia untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan yang memerlukan.
 
Jumlah kutipan iaitu RM23,428.60 adalah di luar jangkaan kedua-dua jenama tersebut dan Yayasan AEON Malaysia sama sekali.
 

Rising together (L to R) Puan Nor Laila Mohd Samin, Senior Manager, Corporate Communication & Branding, & The Secretariat of Malaysian AEON Foundation, Mr Francis NgGeneral Manager, Household and Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mr. Neoh Poay Eong, General Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd and Ms. Pua Poi Tuan, Senior Manager, Grocery, Non Food & HBC Foodline Merchandising Division


‘With All Our Hearts’ (WAOH) Yayasan AEON Malaysia merupakan entiti yang menguruskan kesemua kerja amal dan khidmat masyarakat utama di bawah AEON, yang merupakan satu-satunya peruncit yang mempunyai yayasan amalnya sendiri di Malaysia.
 
Menurut Encik Francis Ng, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Setiap tahun, Antabax mencari organisasi yang berpotensi dijadikan rakan kongsi, dan kisah warisan dari Jepun, Pokok Pain Ajaib, telah membawa organisasi tersebut mendekati AEON.
 
“Kami mempercayai Yayasan AEON Malaysia untuk mengagihkan dana tersebut kepada rumah yang layak agar segala keperluan mereka dapat dipenuhi dan bagi memastikan dana digunakan dengan sebaik-baiknya. Antabax dan para pelanggan kami komited dalam membantu mereka yang memerlukan dan telah melaksanakan pelbagai aktiviti amal bagi memungut dana untuk tujuan ini,” kata Encik Ng.


Touring Lam Soon green distribution centre (L to R) Puan Nor Laila Mohd Samin, Senior Manager, Corporate Communication & Branding, & The Secretariat of Malaysian AEON Foundation, Ms. Pua Poi Tuan, Senior Manager, Grocery, Non Food & HBC Foodline Merchandising Division being briefed by Mr. Neoh Poay Eong, General Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd and Mr Francis NgGeneral Manager, Household and Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.
 
Puan Nor Laila Mohd Samin, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat & Penjenamaan AEON merangkap Sekretariat Yayasan AEON Malaysia berkata bahawa yayasan berbesar hati dapat bekerjasama dengan Antabax menerusi kempen ‘Rising Together, Miracle Pine’.
 
“Yayasan AEON Malaysia mempunyai rekod cemerlang dalam membantu beribu orang. Kami sentiasa mencari organisasi yang ikhlas dan bersemangat membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kerjasama kami dengan Antabax menerusi kempen ‘Rising Together, Miracle Pine’ telah menghasilkan sumbangan besar dimana 10% daripada jumlah jualan sepanjang tempoh kempen diberikan kepada rumah-rumah kebajikan yang layak,” kata Puan Nor Laila.
 
Sehingga kini, yayasan tersebut telah mengumpul dan mendermakan lebih daripada RM3 juta kepada pelbagai organisasi dan individu yang memerlukan di Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.
 
“Rumah-rumah kebajikan memerlukan bantuan dalam banyak perkara samada ia rumah anak-anak yatim mahupun rumah orang-orang tua. Dana ini juga akan digunakan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada kanak-kanak miskin dari segi pembelajaran, kehidupan dan bantuan perubatan,” tambah Puan Nor Laila.
 
Bagi memperingati kempen amal ‘Rising Together, Miracle Pine’, sebatang pokok pain ditanam di perkarangan bangunan Pusat Pengedaran Utara Lam Soon Edible Oils di Bukit Minyak bersama sebuah plak.
 
Menurut Pengurus Besar Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Neoh Poay Eong, Pusat Pengedaran Utara di Bukit Minyak telah diiktiraf sebagai pusat pengedaran pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Green Building Index (GBI) – INC (Industrial New Construction). Bangunan ini juga memenangi Tempat Kedua dalam Kategori Bangunan Tropikal di majlis anugerah ASEAN Energy Awards 2013. Ia merupakan satu daripada hanya dua bangunan di Malaysia yang menerima penghormatan ini.
 
Pusat Pengedaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd di Bukit Minyak telah dibina pada bulan Mei 2011. Ia terdiri daripada sebuah bangunan pejabat dua tingkat berhawa dingin dengan anggaran keluasan lantai kasar 1,400m2 dan sebuah gudang dengan pengudaraan semulajadi dengan anggaran keluasan lantai lasar kira-kira 12,000m2. 
 
Pusat pengedaran bernilai RM35 juta itu buat masa ini menikmati penjimatan 33% dalam penggunaan air  kerana air hujan ditadah dan digunakan untuk pengairan landskap dan kumbahan. Dari segi penggunaan tenaga, bangunan hijau ini mencapai peningkatan 40% hasil inovasi reka bentuk yang memaksimumkan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi untuk penyejukan seperti louvering, pemasangan kaca kepancaran rendah dan lain-lain. 
 
Lam Soon telah mengamalkan inisiatif pembangunan lestari secara besar-besaran dan kecil-kecilan sejak sedekad lalu dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, pembuatan, pembangunan produk baru, pembungkusan, penggudangan, logistik, dalam pembangunan kemudahan dan pejabat baru.
 
“Kami berbangga dengan Pusat Pengedaran Bukit Minyak kerana ia membuktikan keazaman korporat kami dalam usaha pengekalan dan pemeliharaan sumber. Kami berbesar hati menjadi perintis dalam isu pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan warga korporat Malaysia. Bagi Lam Soon, kami juga berbesar hati dapat menyumbang kepada komuniti menerusi kempen pungut dana seperti yang dikelolakan oleh Antabax iaitu kempen Miracle Pine, Rising Together bagi menyokong Yayasan AEON Malaysia,” kata Encik Neoh. 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen amal Rising Together, Miracle Pine, layari www.facebook/NewAntabax.

0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???