Jun 25, 2019

MALAYSIA KE TOKYO BERSAMA SINGAPORE AIRLINES





Banyak plan korang kan nanti masa cuti, korang mesti nak pergi merata tempat sampai pening nak pilih pergi mana dulu. Almaklumlah dan dapat bonus dari boss kesayangan korang kan? Haha. So this time aku nak sembang pasal Tokyo. Hujung jari je korang boleh book Singapore airlines Malaysia online semudah ABC. 


Bukan air batu campur tapi huruf ABC yang kita duk nyanyi dari tadika tu. Hahaha.


Sebaik sampai ke Meiji Jingu Shrine korang akan terlihat pintu gerbang besar untuk memasuki kawasan tokong yang siap dibina pada tahun 1920. Walaupun terletak kat tengah-tengah kotaraya yang sibuk, Tokyo, atmosfera kat sekitar Tokong Meiji Jingu ini sungguh menenangkan kerana ribuan pokok yang tumbuh meliar kat sekitarnya memisahkan kawasan ini dengan kemodenan Tokyo. 


Kalau korang sekeluarga bernasib baik, dapatlah korang melihat majlis perkahwinan tradisional Jepun yang selalu diadakan kat sini. Sewaktu majlis ini, wanita-wanita akan berpakaian kimono dan lelaki pula akan memakai baju suit. 


Satu suasana yang cukup klasik dan fotogenik. Meiji Jingu Gaien Park yang terletak kat tengah kota Tokyo ini dibina untuk memperingati Maharaja Meiji yang mangkat pada tahun 1926. Taman ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan seperti batting cages, gelanggang futsal, ice-skating rink dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja yang ada kat sini, kalau korang nak menyaksikan perlawanan sukan, korang boleh singgah ke Jingu Stadium untuk melihat permainan besbol. Pendek kata, macam-macamlah ada kat sini untuk korang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. 


Kat dalam Pekan Asakusa, terletaknya sebuah tokong yang sangat hebat auranya, Senso-ji Temple yang menyerlah dengan warna dan kehalusan seni binanya. Kalau korang berjalan ke dalam kawasan tokong ini, korang dapat menikmati keindahan kawasan taman kecilnya. 



Apa-apa pun, sekiranya korang ingin datang ke sini untuk bergambar, datanglah selepas pukul 7 malam kerana gambar pada waktu malam kat tokong ini cukup menarik kat samping dapat mengelakkan gangguan orang ramai daripada ter‘photobomb’ kat dalam gambar percutian korang.


Selalu tengok dalam tv je kan? Nak lihat secara live pedang-pedang dan pakaian Samurai ini? Jom ke Samurai Museum yang terletak kat Shinjuku-ku ini. Terbahagi kepada dua bahagian, tingkat  bawah muzium ini terdapat kedai yang menjual cenderahati serta ruangan pameran perisai yang disusun mengikut zaman iaitu dari zaman Muromachi (1336-1573) hinggalah ke zaman Edo (1600-1868). 


Kat tingkat atas muzium ini pula terdapat pelbagai jenis pameran yang terdiri daripada pameran pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi. Untuk pengalaman yang lebih menarik, korang boleh melihat demonstrasi pedang Samurai yang diadakan 4 kali sehari, mengikuti kelas kaligrafi, ataupun yang paling best sekali, korang boleh cuba memakai perisai Jepun!



Selepas bermulanya pemerintahan Soviet Rusia pada tahun 1917, segelintir komuniti Turki berpindah keluar dari negara itu dan sesetengahnya bermigrasi ke Tokyo. Komuniti Turki yang datang ke sini disambut baik oleh masyarakat Jepun yang banyak membantu mereka dari segi sosial dan ekonomi. Pada tahun 1938, Tokyo Camii dibina dan dijadikan sebagai tempat umat Islam berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti Islamik. Reka bentuk masjid terbesar di Jepun ini cukup indah dengan seni binaan timur tengah. Selain itu, yang turut menarik tentang masjid ini adalah khutbahnya yang disampaikan dalam 3 bahasa iaitu Jepun, Turki dan Inggeris. Kalau korang nak tahu lebih banyak info tentang masyarakat Turki di Jepun pula, korang boleh singgah ke  Turkish Cultural Centre yang terdapat di sini. Nezu Museum ditubuhkan untuk mengumpulkan dan memelihara koleksi hasil seni pra-moden dari negara Jepun dan Asia Timur. Asalnya, koleksi-koleksi di muzium ini mula dikumpulkan oleh Nezu KaichirĊ (1860-1940) yang selepas pemergiannya, legasinya disambung oleh anaknya KaichirĊ Jr. Antara pameran yang terdapat di sini adalah terdiri daripada kaligrafi, ukiran, seramik, kraf buluh, spesimen arkeologi, lukisan dan banyak lagi. Memang puas hatilah kalau datang ke sini!

Kalau nak tau lebih lanjut pasal harga cheap flights to Tokyo rajinkan diri korang bukak apps Traveloka. Korang boleh buat comparison harga kat sini especially kalau korang nak naik Singapore Airlines korang boleh gak book sini walaupun guna duit Ringgit Malaysia. Niceee.

2 comments:

What do you think of my blog???