Aug 23, 2019

‘All Stars Buka Panggung’ cabar bakat lakonan dan melawak serta uji skil improvisasi pelakon popular tanah air!


Astro Warna telahpun melancarkan program ‘All Stars Buka Panggung’ yang merupakan sebuah pertandingan stagecom (komedi pentas) berkonsepkan realiti yang akan menampilkan nama-nama besar industri lakonan tempatan yang telah dicabar untuk mencuba nasib dalam seni komedi improv.

Bermula 6 September 2019 ini, ‘All Stars Buka Panggung’ bakal menyerikan saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124) secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, ia boleh distrim secara langsung menerusi platform digital Astro GO dan ‘On Demand’.

Keunikan program ada di mana ia menguji dan mencabar pelakon terhebat tanah air untuk beraksi dalam babak komedi pentas yang penuh dengan elemen kejutan. 

Ini adalah kerana para peserta tidak akan diberikan sebarang pembayang mengenai situasi dan set sketsa di sebalik tirai tetapi mereka hanya akan mengetahui situasi tersebut di saat tirai dibuka dan apabila mereka melangkah masuk ke dalam set sketsa di pentas ‘All Stars Buka Panggung’. 

Maksudnya.... Tiada sebarang skrip yang akan disediakan, dan peserta perlu mengadaptasi kepada situasi yang ditugaskan dan membuat improvisasi dialog mereka sendiri sambil berlakon... 


Menggalas tugas hos adalah Ajak dan Shahrul dari kumpulan Shiro yang pernah meraih takhta juara bagi program ‘Raja Lawak Musim Ke-6’ pada tahun 2012 dan ‘Maharaja Lawak Mega’ pada tahun 2018. Mereka dipilih atas kebolehan mereka membuat jenaka secara bersahaja dan ‘natural’, selari dengan konsep ‘All Stars Buka Panggung’.


Bersandarkan kepada tagline, ‘Katakan Tidak Kepada Skrip!’, penjurian bagi program ini adalah 100 peratus dari penonton yang boleh mengundi secara dalam talian. Audiens di dewan dan di rumah boleh mengundi dengan melayari www.gempak.com/allstarsbukapanggung. Menarik lagi, setiap pengundi hanya diberikan 10 undian sahaja pada setiap minggu.


Untuk 5 minggu berturut-turut, barisan pelakon hebat ini akan berentap sesama mereka untuk merebut gelaran Juara Mingguan yang akan menerima sebuah trofi sebagai ganjaran. Juara Mingguan ini kemudiannya akan kembali di minggu keenam, iaitu minggu separuh akhir di mana mereka diperlukan untuk berentap sekali lagi demi memastikan kedudukan mereka di pentas akhir. 


Hanya 4 orang peserta sahaja bakal beraksi di pusingan kemuncak bagi merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi!


TRIVIA BAGI PROGRAM ‘ALL STARS BUKA PANGGUNG’
Penerbitan ‘All Stars Buka Panggung’ turut disokong oleh Oppo, syarikat elektronik dan komunikasi mudah alih yang tampil selaku penaja.
Manakala portal Zon Lawak di bawah Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta Gegar sebagai Rakan Radio Rasmi.
Program ini juga mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang diketuai oleh Rody Kristal selaku Pengarah Muzik.


Format utama program ini adalah untuk menguji kehebatan lakonan dan lawak serta skil improvisasi barisan pelakon tanahair. Kerana pada setiap minggu, dalam setiap set skesta ‘All Stars Buka Panggung’, barisan pelakon tetap akan bersedia disebalik tirai untuk memulakan sketsa yang menguji tahap kehebatan improv dan adlib (persembahan spontan) para peserta.
Antara contoh situasi, set sketsa dan watak yang akan diberikan kepada peserta adalah seperti suasana di tanah perkuburan, angkasa lepas, padang pasir, mahkamah dan banyak lagi.
Menarik lagi pada setiap minggu, peserta dikehendaki menyediakan satu lagu pilihan mereka untuk diselitkan dalam persembahan sketsa. Namun begitu, lagu tersebut akan dimainkan secara rawak pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang klu pada peserta, dan sekali lagi mereka diuji untuk menyesuaikan situasi sketsa dengan lagu tersebut.
Pada setiap persembahan akan terselit beberapa pelakon undangan atau ‘All Legends’ yang turut terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air sebagai ‘plot twister’ di set sketsa tersebut! Identiti mereka akan dirahsiakan sehingga tirai set sketsa itu dibuka. Nantikan kemunculan mereka!
Juga pada setiap minggu, ‘All Stars Buka Panggung’ menerusi Juara Mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 4,000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air, tetapi kini memerlukan bantuan, dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara.


Program ini akan dipancarkan secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam untuk 7 minggu berturut-turut dan bersiaran selama 90 minit.
Selain itu, program komedi variasi ‘All Stars Buka Panggung Extra Pecah!’ akan disiarkan mulai 13 September, jam 10.35 malam untuk 7 minggu berturut-turut, yang akan menampilkan peserta All-Stars beraksi dengan permainan yang pasti menggeletek hati penonton.
Terdapat juga kapsul istimewa ‘Cuit-Cuit All Stars Buka Panggung’ bakal bersiaran mulai 4 September, setiap Rabu hingga Jumaat pada 12 tengah hari. Kapsul ini berkonsepkan komedi variasi yang mempunyai beberapa segmen menyeronokkan seperti alih suara, jawab soalan pantas and cepumas, berlakon menggunakan prop, tiru gaya artis, dan banyak lagi.


‘ALL STARS’ MINGGUAN DI ‘ALL STARS BUKA PANGGUNG

‘ALL STARS’ MINGGU PERTAMA
o Datuk Aaron Aziz
o Datin Seri Umie Aida
o Naim Daniel
o Liyana Jasmay

‘ALL STARS’ MINGGU KEDUA
o Datuk Rosyam Nor
o Datin Diana Danielle
o Fizo Omar
o Farahdhiya

‘ALL STARS’ MINGGU KETIGA
o Fahrin Ahmad
o Zulhuzaimy
o Sharifah Sakinah
o Sweet Qismina

‘ALL STARS’ MINGGU KEEMPAT
o Datuk Fizz Fairuz
o Johan As’ari
o Rita Rudaini
o Ruhainies

‘ALL STARS’  MINGGU KELIMA
o Fauzi Nawawi
o Izzue Islam
o Noorkhiriah
o Mona Allen

HADIAH KEMENANGAN

Tempat Pertama : RM 50,000 dan trofi
Tempat Kedua : RM 25,000 dan trofi
Tempat Ketiga : RM 10,000 dan trofi
Tempat Keempat : RM 5,000 dan trofi
IKUTI INFO TERKINI ‘ALL STARS BUKA PANGGUNG’ DI PLATFORM INI

0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???