Apr 21, 2020

PKP BERI ILHAM PADA CPG HASILKAN PRODUK MAKANAN BANTU PEKERJA TAMBAH PENDAPATAN


Cik Puan Gojes seorang Pengusaha Kosmetik turut terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.... 


Tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak dan akur dengan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan, beliau telah bertekad untuk membantu pekerja-pekerjanya menambahkan pendapatan memandangkan perniagaan online kosmetik dan butik mengalami kemerosotan...

Sepanjang PKP berlangsung, pelbagai isu mengenai pendapatan diudarakan. Apa yang berlegar di fikiran, bagaimana nak cari duit? Nak bagi apa makan kat keluarga? Anak-anak nak ke sekolah macamana?


Setiap majikan mempunyai  pendekatan yang berlainan untuk para pekerja. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan juga sedikit sebanyak dapat membantu pekerja mereka yang hampir sebulan tidak bekerja dan ini juga memberi kesan pada perniagaan sediaada.

Dengan itu, pasangan suami isteri dari Baling, Kedah yang sebelum ini terkenal dengan perniagaan kosmetik telahpun menghasilkan beberapa produk bagi membantu para pekerja mereka menambah pendapatan dengan hanya duduk dirumah...

Mungkin kebiasaan untuk kita melihat   pengusaha kosmetik mengeluarkan produk makanan tapi bagi CPG pula berlainan, mereka menghasilkan produk makanan sendiri....


Ilham menghasilkan produk makanan bermula dari suami CPG, Mohd Rozaini dan terhasil Lengat Ikan Tok Yah, Jambir Tok Timah dan Salai Abang Hensem....

Proses menghasilkan makanan ini dibuat dirumah sendiri oleh mereka...


Dan semenjak mengusahakan produk makanan yang dihasilkan dari rumah ini, para pekerja mereka dapat menambah pendapatan mereka sementara menunggu tempoh PKP berakhir. Sedikit sebanyak usaha ini juga dapat membantu menampung perbelanjaan harian mereka...

Orang ramai juga diberi peluang untuk menjadi ejen pada produk yang dihasilkan...
Memandangkan bulan Ramadan hampir tiba, produk-produk yang dihasilkan dengan harga yang mampu milik dan boleh dibeli oleh golongan marhaen ini pastinya akan menjadi permintaan ramai...


Produk Salai Abang Hensem pun membuat pertandingan "Masak dan menang Xbox One"... Ada yang berminat ke?

Berminat nak beli produk wassap ke no +60 12-436 3187 dan kalau nak view produk boleh la ke FB Salai Abang Hensem/ https://www.facebook.com/rezekiadik


No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???