Showing posts with label Bahasa Malaysia posting. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia posting. Show all posts

Aug 1, 2018

'LUPAKAN DIA' SINGLE KEDUA DIA BAND





Berbekalkan single pertama berjudul ’Mungkin’ sebelum ini, Dia Band, ’ yakin dan berharap bahawa ini adalah tiket bagi mereka untuk memasuki industri hiburan tanahair dengan lebih dikenali berbanding sebelum ini. Dia Band ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai Iima (5) pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), lsma (bassist) dan Izhan (vocal). 

Jun 13, 2018

JOOX RASA SAYANG BERSAMA ARTIS TEMPATAN MENZIARAHI RUMAH ANAK YATIM PADA BULAN RAMADAN


Bulan Ramadan bulan yang mulia, bulan untuk umat Islam mengerjakan pahala.. oleh itu, ramai orang dan syarikat yang akan membuat amal jariah di bulan yang mulia ini... JOOX tidak ketinggalan...



JOOX yang merupakan perkhidmatan penstriman muzik, menawarkan kebolehan untuk para pengguna mendengar lagu secara percuma dengan sokongan data, selain turut hadir dengan langganan premium...

Jan 31, 2018

Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018

Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 kembali untuk edisi yang kelima dengan pengumuman pilihan top 20 dalam setiap kategori....


AME 2018 akan dilangsungkan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8hb April 2018, pada jam 9 malam dan akan ditayangkan secara eksklusif di empat saluran utama Astro iaitu Ria (Astro 104), Prima (Astro 105), Ria HD (Astro 123) dan Maya HD (Astro 134).

Jan 20, 2018

Anugerah Juara Lagu 32 - Fesyen dan Muzik



Anugerah Juara Lagu 32 bakal menggegarkan pentas Axiata Arena di Bukit Jalil, akan mencipta kelainan dengan mengangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama pada 11 Februari depan..

Jun 13, 2017

Boy Iman harap anugerah Datuk dari Pahang dapat tebus maruah (Bahasa Malaysia posting)

 Pernah dikecam, dipersenda dan dipertikai gelaran Datuk daripada  puak adat pepatih Naning sekitar Mei tahun 2014, pelakon dan ahli perniagaan Boy Iman berharap penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bulan lalu diharap dapat menaikkan semula reputasinya  yang tercalar sebelum ini.


         Boy Iman atau nama sebenarnya  Norul Iman A Rahman menerima penganugerahan itu di Istana Pahang, Kuala Lumpur sekali gus melayakkan dirinya mendapat gelaran Datuk. Majlis penganugerahan diadakan pada 24 Mei lalu.

Pelancaran single Fiqri Jelani, “Terlalu Merinduimu” ciptaan Eddie Hamid (Bahasa Malaysia post)   

        Bukan mudah untuk Fiqri Jelani, 25, membina impian dan mengejar cita-cita menjadi   penyanyi terkenal.  Dia pernah diejek, diperli dan sering menjadi mangsa sindiran rakan sekampung yang pernah membesar bersamanya di Felda Vesout 1, Slim River, Perak.

  Anak bongsu daripada lima beradik itu melalui  satu perjalanan hidup yang penuh dugaan namun Fiqri atau nama sebenarnya Mohd Fiqri Jelani, percaya dan yakin suatu hari nanti pasti segala angan-angannya akan menjadi kenyataan.


    Sebagai anak yang paling rapat dengan ibunya, Fiqri mengorbankan sebahagian masa remaja menjaga ibunya, Che Robiah Ahmad, yang menderita penyakit barah hati. Fiqri sanggup berkorban apa saja untuk insan yang melahirkan dan membesarkannya itu.

May 20, 2016

GENG UPSR 2 KEMBALI DENGAN FORMAT BAHARU UPSR, APLIKASI CANGGIH DAN SELEBRITI PUJAAN


Adakah adik adik di rumah ini tengah membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini? Jangan  risau, kerana Astro telahpun memperkenalkan musim kedua GENG UPSR supaya adik-adik di rumah dapat belajar, berinteraksi dan berhibur sambil mengikuti perjalanan dan pengembaraan sekumpulan murid-murid tahun 6 dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR.