Jun 3, 2014

ASTRO ARENA LANCAR MAJALAH DIGITAL SUKAN PERTAMA DI MALAYSIA

Astro Arena bakal mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan majalah sukan elektronik pertama di Malaysia berjudul 'Arena'.

Kini, para peminat sukan tempatan boleh mengikuti perkembangan sukan terkini pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya perlu memuat turun majalah ini yang sudah memasuki edisi kedua di App Store dan Play Store secara percuma.

Majalah ini direka persis majalah fizikal yang sebenar bagi memberi maklumat yang lebih pantas, terkini dan tepat dengan ciri interaktif dan grafik digital menarik yang pasti memberikan nafas baru kepada industri berita sukan tempatan.

Datuk Hishamuddin Aun, Editor Pengurusan Arena berkata, "Kami di Astro Arena sentiasa berusaha dalam memberi kandungan sukan terbaik kepada para peminat sukan tanahair. Majalah elektronik ini merupakan inisiatif terbaru kami dalam membekalkan perkembangan dan berita terkini dalam dunia sukan tempatan yang terkini, terpantas dan tepat bagi memenuhi kehendak semua golongan pembaca tak mengira usia."

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???