Aug 30, 2014

Jay Chou Perkenal Kaspersky Anti Virus 2015 dan Kaspersky Internet Security 2015

Kaspersky Lab Lancar Produk Keselamatan Baru
Jay Chou, International Megastar and Kaspersky Lab Brand Ambassador of APAC region with Mr Jimmy Fong, Channel Sales Director, Kaspersky Lab SEA with the newly launched Kaspersky Internet Security 2015

Kaspersky Lab telah melancarkan rangkaian produk yang baru yang dikemaskini untuk pengguna di rumah: Kaspersky Anti-Virus 2015 dan Kaspersky Internet Security 2015 yang diperkenalkan oleh Jay Chou, artis antarabangsa dan Duta Jenama Kaspersky Lab untuk Asia Pasifik, diiringi oleh Encik Jimmy Fong, Pengarah Jualan Saluran Asia Tenggara bagi Kaspersky Lab, di Malaysia IT Fair 2014 di sini, hari ini.


Produk-produk ini dibangunkan bagi melindungi pengguna daripada ancaman siber yang baru mahu pun sedia ada, membuatkan kegiatan dalam talian mereka lebih mudah dan selamat.
Versi terbaru perisian konsumer Kaspersky Lab ini mengandungi beberapa teknologi baru yang meningkatkan lagi tahap perlindungan daripada perisian hasad penyulitan (encryption malware), mencegah pengintipan kamera web terhadap pengguna dan melindungi daripada risiko menggunakan rangkaian Wi-Fi yang mudah diserang.

Ms Ellis Chung, Marketing Director, Kaspersky Lab APAC, Jay Chou, International Megastar and Kaspersky Lab Brand Ambassador of APAC region, Mr Jimmy Fong, Channel Sales Director, Kaspersky Lab SEA, Mr Len Ngan, Managing Director, TechLane Resources with the newly launched Kaspersky Internet Security 2015


“Produk Kaspersky Lab sentiasa menjadikan pilihan saya. Saya sekali lagi menjadi penguji beta untuk KIS 2015, dan saya kagum!” Jay Chou berkata.
“Kaspersky Lab telah melindungi syarikat pengurusan saya dan aset digital saya untuk bertahun-tahun. Saya boleh fokus kepada muzik saya tanpa risau, kerana kini saya dilindungi oleh Kaspersky Lab,” beliau menerangkan.
Jay Chou with the Kaspersky Lab team as well his fans who were the lucky winners of the ‘Meet Jay Chou Contest’


Sebelum majlis pelancaran, satu peraduan 'Temui Jay Chou' telah dianjurkan oleh Malaysia IT Fair dari 20 Jun hingga 20 Ogos. Peserta yang terpilih menerima pas masuk untuk menyaksikan majlis pelancaran.
"Saya gembira dapat berkongsi bersama anda bahawa Kaspersky Internet Security 2015 atau singkatannya, KIS 2015, adalah produk keselamatan internet konsumer terbaik daripada kami! Ia menawarkan segala yang anda perlukan untuk melindungi kehidupan digital anda dan pada masa yang sama tidak terlalu rumit dan tidak memerlukan terlalu banyak sumber," kata Encik Jimmy Fong, Pengarah Jualan Saluran Asia Tenggara bagi Kaspersky Lab.
Mr Jimmy Low, Pre-Sales Manager, Kaspersky Lab SEA, Mr Jimmy Fong, Channel Sales Director, Kaspersky Lab SEA, Ms Ellis Chung, Marketing Director, Kaspersky Lab APAC, Jay Chou, International Megastar and Kaspersky Lab Brand Ambassador of APAC region, Mr Len Ngan, Managing Director, TechLane Resources, Ms June Lee, General Manager, TechLane Resources after the press conference for the launch of Kaspersky Anti-Virus & Kaspersky Internet Security 2015 with Jay Chou

“Analisis terkini kami mendedahkan bahawa kebimbangan terbesar pengguna internet adalah transaksi kewangan dalam talian yang selamat dan perlindungan privasi. Penjenayah siber terus mensasarkan media sosial dan akaun perbankan dalam talian, kata laluan dan maklumat peribadi lain. Kami teruja untuk melancarkan siri KIS KAV 2015 yang memaparkan alat-alat yang khusus untuk melawan program malware yang paling kompleks mensasarkan aset maya anda dan kewangan.  KIS 2015 versi yang terkini mudah dikonfigurasi, berfungsi secara tidak intrusif dan tidak menggunakan ruang system yang besar,” beliau menambah.
Tiada satu pun sistem pengendalian boleh dianggap selamat kerana Kaspersky Lab telah mengesan lebih kurang 315,000 sampel baru perisian malware setiap hari. Zaman di mana penggodam menumpukan sepenuhnya kepada Windows telah lama berlalu. Ancaman ke atas Mac dan sistem pengendalian mudah alih kian meningkat1.
Kajian yang dijalankan oleh Kaspersky Lab dan B2B International mendapati kebimbangan utama pengguna ketika melayari Internet adalah perlindungan privasi dan identiti, data peribadi mereka, kewangan mereka dan keselamatan anak-anak mereka.
Kaspersky Security Network merekodkan lebih 137,000 laman web pemancing data setiap bulan. Laman-laman web pemancing data ini, yang merupakan ancaman siber yang universal yang mengancam kesemua pengguna tanpa mengira peranti atau sistem pengendalian, bermatlamat memperdaya mangsa agar mereka berkongsi data peribadi dan kewangan yang sensitif.
Modul Kaspersky Lab System Watcher menganalisis kesemua proses yang berjalan dalam sistem pengendalian, dan kini didatangkan dengan ciri baru, kefungsian sandar data. Apabila System Watcher mengesan program yang disyaki cuba mengubah fail pengguna, ia dengan serta-merta menghasilkan satu salinan sandar tempatan fail tersebut, tanpa sebarang perubahan luaran. Jika pengawasan lanjut menunjukkan program yang mengubah fail tersebut adalah bersifat hasad, perubahan tadi akan diundurkan1.
Di samping itu, Kaspersky Lab telah memperkenalkan satu modul Wi-Fi Security Notification dalam edisi baru Kaspersky Internet Security. Modul ini mengesahkan keselamatan rangkaian Wi-Fi dan memberi amaran kepada pengguna jika ada sebarang potensi ancaman seperti sambungan rangkaian yang mudah diserang atau penyebaran kata laluan yang tidak dilindungi melalui Internet. Pengguna juga menerima tips dan nasihat mengenai konfigurasi selamat rangkaian Wi-Fi mereka di rumah1.
Untuk meyakinkan penggunan bahawa mereka tidak diperhatikan tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka, Kaspersky Lab telah membangunkan ciri Webcam Protection. Ia membantu mengawasi sebarang aplikasi yang cuba berhubung dengan kamera web, memberi amaran kepada pengguna mengenai cubaan ini, dan, jika perlu, menghalang capaian kepada kamera web1.

Inovasi utama 
Dalam dunia yang penuh dengan ancaman dalam talian yang kian sofistikated, pengguna mahukan perisian keselamatan yang boleh diharap yang mampu melindungi mereka sepenuhnya daripada ancaman siber pada kesemua peranti yang mereka gunakan untuk berinteraksi, membeli-belah dan berurusan dengan bank. Bagi melindungi data pelanggan kami dan melindungi privasi dan urus niaga kewangan mereka, serta membantu memelihara anak-anak mereka daripada perkara memudaratkan di Internet, Kaspersky Lab sentiasa mengemaskini dan memperbaiki komponen-komponen produk keselamatan mereka.
Versi-versi terbaru perisian konsumer Kaspersky Lab menampilkan beberapa teknologi baru yang meningkatkan tahap perlindungan daripada perisian hasad penyulitan, mencegah pengintipan melalui terhadap pengguna dan melindungi daripada risiko menggunakan rangkaian Wi-Fi yang mudah diserang.

Keselamatan kamera web
Penggodaman kamera web, atau perbuatan memintas imej yang diambil oleh kamera web, merupakan satu cara penggunaan perisian hasad bagi tujuan pengintipan. Kebanyakan pengguna tidak ambil peduli apa yang mungkin direkodkan oleh kamera web mereka, walaupun kamera tersebut boleh mengambil gambar dokumen mengandungi maklumat bank, kad kredit atau hal-hal peribadi yang kita tidak mahu didedahkan kepada umum. Untuk meyakinkan pelanggan kami bahawa mereka tidak diperhatikan tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka, Kaspersky Lab telah membangunkan ciri Webcam Protection. Ia membantumengawasi sebarang aplikasi yang cuba berhubung dengan kamera web, memberi amaran kepada pengguna mengenai cubaan ini, dan, jika perlu, menghalang capaian kepada kamera web 2.

System Watcher
Antara ancaman serius terhadap dokumen, gambar dan muzik para pelanggan kami datang daripada apa yang dipanggil ‘cryptomalware’, atau perisian hasad yang menyulitkan fail dan menuntut tebusan sebelum mengembalikan capaian kepada maklumat tersebut. Sebaik sahaja data disulitkan, capaian kepada fail tersebut tidak dapat dikembalikan walaupun dengan menghapuskan perisian hasad yang menyebabkannya. Maka Kaspersky Lab telah mencipta cara untuk mengembalikan capaian kepada data tanpa membayar wang tebusan. Modul System Watcher Kaspersky Lab menganalisis kesemuaproses yang berjalan dalam sistem pengendalian, dan kini didatangkan dengan ciri baru, kefungsian sandar data. Apabila System Watcher mengesan program yang disyaki cuba mengubah fail pengguna, ia dengan serta-merta menghasilkan satu salinan sandar tempatan fail tersebut, tanpa sebarang perubahan luaran. Jika pengawasan lanjut menunjukkan program yang mengubah fail tersebut adalah bersifat hasad, perubahan tadi akan diundurkan2.

Wi-Fi Security Notification
Di tangan penjenayah, rangkaian wayarles awam dengan mudah sahaja menjadi satu lagi perkakasan untuk memintas data pengguna. Itulah sebabnya Kaspersky Lab telah memperkenalkan modul Wi-Fi Security Notification ke dalam edisi baru Kaspersky Internet Security. Modul ini mengesahkan keselamatan rangkaian Wi-Fi dan memberi amaran kepada pengguna jika ada sebarang potensi ancaman seperti sambungan rangkaian yang mudah diserang atau penyebaran kata laluan yang tidak dilindungi menerusi Internet. Pengguna juga akan menerima tips dan nasihat tentang konfigurasi selamat untuk rangkaian Wi-Fi mereka sendiri di rumah2.
Di samping ciri-ciri utama di atas, versi tahun 2015 produk keselamatan konsumer Kaspersky Lab juga menampilkan beberapa penambahan:
·     Kaspersky Internet Security dan Kaspersky Anti-Virus kini didatangkan dengan pengemaskinian dan penaikan taraf automatik apabila versi baharu muncul. Inovasi ini bermakna pengguna akan sentiasa mempunyai versi produk keselamatan yang terbaharu dan paling boleh diharap tanpa perlu bersusah payah memuat turun dan memasang secara manual2.
·     Penambahbaikan juga dibuat terhadap modul Safe Money bagi melindungi urus niaga kewangan dalam talian pada setiap peringkat. Kini, Safe Money juga menghalang aplikasi pihak ketiga daripada mencapai clipboard pelayar Internet yang mungkin secara sementara data sulit (seperti salinan maklumat-maklumat login). Modul Safe Money terus menawarkan perlindungan terhadap teknologi tawan skrin, kefungsian tambahan pelayar web (browser extensions) yang bersifat hasad dan taktik-taktik pencurian wang yang lain yang digunakan oleh penjenayah siber2.
·     Untuk pengguna rangkaian Wi-Fi berbayar, 3G atau LTE, antara penyelesaiannya kini termasuk fitur Cost-Aware Networking yang mengurangkan amaun data yang dikomunikasi oleh produk ini menerusi Internet3.
·     Pada modul anti-pemancing data, yang membantu pengguna mengelakkan laman web hasad dan memudaratkan, penambahbaikan diperkenalkan pada teknologi analisis teks, imej dan pautan laman web. Ini membuatkan pengesanan laman web palsu yang digunakan untuk mencuri wang dan maklumat sensitif menjadi lebih pantas dan tepat.
·     Menu dan antara muka utama telah diselaraskan di kesemua produk supaya pengguna dapat mengemudi kesemua aplikasi dengan mudah tanpa mengira sistem pengendalian atau versi produk. Perhatian juga diberikan kepada penggunaan sumber dan ini membantu meningkatkan keberkesanan perkakasan keselamatan tanpa menjejaskan prestasi sistem pengendalian.

Produk yang diperbaharu
 
Kaspersky Internet Security 2015

Kaspersky Anti-Virus
Kaspersky Anti-Virus merupakan tonggak kami dalam memerangi perisian-perisian hasad terbaru. Ia melindungi daripada perisian hasad, menilai tahap keselamatan setiap laman web yang dikunjungi oleh pengguna dan mengenal pasti sebarang kelakuan program yang disyaki. Kaspersky Anti-Virus juga menampilkan ciri sistem perlindungan eksploit automatik yang mencegah perisian hasad daripada mengeksploitasi lubang keselamatan dalam aplikasi sah dan perisian yang digunakan secara meluas oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.

Kaspersky Internet Security 2015 Special Edition


Kaspersky Internet Security
Kaspersky Internet Security menawarkan perlindungan PC premium bagi melindungi pelanggan kami daripada kesemua ancaman Internet. Selain daripada perlindungan antivirus dan anti-pemancing data, ia menampilkan beberapa perkakasan dan teknologi bagi membantu memelihara privasi, data peribadi dan pembayaran dalam talian. Kaspersky Internet Security juga membolehkan ibu bapa memantau aktiviti Internet anak-anak mereka dengan bantuan modul Parental Control.
Sempena pelancaran produk utama Kaspersky Lab untuk 2015, Kaspersky Lab menganjurkan beberapa promosi bagi mereka yang membuat pembelian pada hari ini. Seribu orang (1,000) pelanggan pertama yang membeli mana-mana produk utama ini akan melayakkan diri untuk cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah eksklusif seperti pengelap skrin peranti mudah alih Kaspersky Lab, tetikus, ‘power bank’ dan kalendar. Di samping itu, pelanggan yang membeli sama ada KIS atau KAV (1 pengguna atau 3 pengguna) akan layak membeli T-shirt Jay Chou pada harga hanya RM19.90. Pelanggan yang membeli tiga kotak akan menerima T-shirt tersebut percuma.

4 comments:

What do you think of my blog???