Nov 6, 2014

DANA KRISHEN JIT – ASTRO TERUS MENYOKONG PENGGIAT SENI MALAYSIA


                     Astro Menyampaikan Geran Kepada Para Penggiat Seni Tempatan

 Astro dengan kerjasama Five Arts Centre terus menyokong perkembangan penggiat seni tempatan dengan penganugerahan geran Dana Krishen Jit-Astro 2014.Diilhamkan oleh hasil karya nukilan seni dari Krishen Jit, dana ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2006 untuk merealisasikan impian seni dan kreativiti para penggiat seni tempatan yang berkelayakan. 


Ravi Navaratnam (Wakil dari Five Arts Centre dan salah seorang panel pemilihan untuk Dana Krishen Jit – Astro 2014) semasa menyampaikan ucapan.


Dana tersebut telah digunakan untuk pelbagai sesi latihan, bengkel, lampiran atau residensi, penerbitan eksperimental, penulisan, atau penghasilan karya baru dalam bidang muzik, tarian, teater, penulisan, seni visual atau persembahan.

Seni persembahan teater Krishen Jit yang hebat telah menyatukan lingkungan bidang yang berbeza, lantas menghasilkan projek yang kaya dengan kepelbagaian disiplin, budaya, bahasa dan eksperimental.Kepelbagaian hasil nukilan Krishen daripada fakta akademik ke amalan adat, tradisi dan budaya pop kontemporari, Hollywood atau Bollywood, arus perdana mahupun ‘indie’, ternyata beliau sentiasa menerapkan identiti Malaysia yang semakin berkembang di dalam setiap karyanya di samping menggalakkan para penggiat seni, penonton serta pembaca mengaitkan setiap kisah dengan kehidupan mereka dan juga masyarakat sekeliling.

Adegan seni yang mantap dan maju menghidupkan jiwa bangsa serta memberikan perwatakan unik.Astro terus meraikan kreativiti dan seni dengan Dana Krishen Jit – Astro dan mengharapkan lebih banyak hasil karya artistik yang kreatif oleh rakyat Malaysia direalisasikan dengan penganugerahan geran untuk tahun 2014.

Panel pemilihan untuk Dana Krishen Jit – Astro 2014 adalah:-
  • Dato’ Norliza Rofli – Pengarah, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
  • Jolyn GasperPenolong Naib Presiden Kanan, Tanggungjawab Korporat, Tanggungjawab Korporat, Hal Ehwal Komuniti, ASTRO
  • Leow Puay Tin – Ketua Jabatan Persembahan dan Media, Sunway University.
  • Ravi Navaratnam – Wakil dariFive Arts Centre
  • Mac Chan – Wakil dari Five Arts Centre
 

Penerima geran Dana Krishen Jit – Astro 2014 – Dari kiri:  Lee Ren Xin, Sharon Chin, Marion D’Cruz (Pengarah Eksekutif Five Arts Centre), Au Sow Peng dan Joseph Gonzales.


Pada tahun 2014, Dana Krishen Jit – Astro menerima 33 permohonan untuk penghasilan projek yang merangkumi tarian, teater, filem, dokumentasi video, penerbitan, seni visual, muzik, animasi, pendidikan dan karya pelbagai bidang. Sejumlah RM36,500 akan diagihkan kepada empat penerima geran. Dana ini ditadbir dan diuruskan oleh Five Arts Centre.


PENERIMA GERAN UNTUK TAHUN 2014

LEE REN XIN
Geran:             RM10,000
Projek:            Satu persembahan tarian dengan 14 buah tilam yang menghasilkan satu siri ruang terbuka.
Persembahan tarian ini menggunakan 14 buah tilam yang digunakan untuk mengaitkan dan sejajar dengan bentuk tubuh dan ciri fizikal pelaku serta untuk mengukir lanskap. Ruang ini digubah, dibubar dan dibina semula. Hubungan antara penghibur, tilam, bilik dan penonton akan dirombak. Penonton mungkin merasa sesak, ingin beralih atau merayau untuk menyelami hasil karya dari perspektif berbeza, atau mereka juga mungkin akan pulang. Projek ini bereksperimentasidengan kemahuan manusia yang terlampau, untuk mencari keseleasaan dan mewujudkan struktur di tengah-tengah runtuhan/krisis/huru-hara.

LEE REN XIN (Pengarah Projek) ialah seorang penggiat seni tarian yang telah bersama The Human Expression (T.H.E) Dance Company di Singapura, LeeSaar The Company di NYC, dan syarikat tempatan iaitu DPAC Dance Company dan Kinespericals. Beliau telah bekerjasama dengan beberapa koreografer dari Asia, Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Hasil kerja beliau pernah dibentangkan di MyDance Festival, National University of Singapore Arts Festival, The Esplanade festival, International Young Choreographers Project dan pelbagai lagi. Beliau juga melakukan persembahan bersama Ng Chor Guan dalam MUSIC=DANCE, dan mempersembahkan persembahan solo selama dua minit yang dikelolakan oleh Marion D’Cruz dan diterbitkan oleh Five Arts Centre. Beliau turut menyertai Choreolab Asia Tenggara di Rimbun Dahan. Beliau telah mengajar di Malaysia, Singapura, dan New York, di mana beliau merancang kurikulum Access2Dance untuk melayani anak-anak yang kurang bernasib baik di Manhattan. Pada bulan November ini, Ren Xin akan bekerjasama dengan penari Jepun Miwa Okuno untuk koreografi bagi festival T.H.E. Contact di Singapura dan festival d’MOTION di Malaysia. Beliau suka mengimpikan fantasi dan merasakan realiti sesuatu yang romantic.
Hubungi: renxinlee@gmail.com / +6 018 259 6227
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
AU SOW PENG
Geran:             RM9,000
Projek:            The Mengkerang Project: Home and Elsewhere
The Mengkerang Project: Home and Elsewhere terdiri dari 3 petikan video yang akan berakhir dalam satu pameran. Mengkerang adalah Utopia rekaan terletak berhampiran "Lautan Selatan", istilah yang dipopularkan pada 1950-an dan 1960-an untuk menggambarkan Malaysia dan negara jiran. Istilah ini adalah satu istilah stereotipikal padat dengan imaginasi eksotik. Projek ini diilhamkan oleh kepelbagaian dan kerumitan masyarakat Malaysia dan juga "Komuniti Bayangkan" Benedict Anderson, idea negara sebagai sebuah masyarakat yang dibina secara sosial, dibayangkan oleh orang-orang yang melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan.Buku Benedict Anderson Bayangkan Komuniti melihat bangsa sebagai cita-cita yang sangat berkait rapat dengan perubahan dalam sejarah, yang berakar dalam pembinaan psikologi manusia dalam sedar.

AU SOW PENG (Ketua Projek)dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.  Beliau merupakan graduan University of Tasmania. Bekerja sebagai seorang ahli farmasi sepenuh masa dan juga seorang pengembara dan penulis.

AU SOW YEE (Project Director/ Artist) dilahirkan dan membesar di Malaysia. Beliau merupakan graduan dari Chinese Culture University (Taiwan) dalam bidang pengkhususan seni teater dan dari San Francisco Art Institute (Amerika Syarikat) M.F.A program dalam bidang pengkhususan pembikinan filem eksperimental. Karya beliau menumpukan kepada dua faktor utama, yang pertama ialah minat yang berterusan dalam mekanisme penghasilan gambar, mencipta persembahan sinema secara langsung dengan menggunakan mekanisme buatan sendiri dan projector filem mekanikal. Kedua adalah untuk menyoal, menyelidik dan juga mengembangkan hubungan antara gambar, penghasilan gambar, politik dan kuasa, melalui pemasangan video dan medium lain. Hasil karya Sow Yee telah dipamerkan di beberapa pameran antaranya Experimental Film and Video Festival diSeoul (ExiS), Bangkok Experimental Film and Video Festival, HallwallsContemporary Arts Centre (Amerika Syarikat), New York Squeeky Wheels Video Festival, Stephan Stoyanov Gallery (New York) dan lain-lain lagi.

Hubungi: trulyau@gmail.com / + 6 012 266 1579

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ASWARA DANCE COMPANY
Geran: RM9,000
Projek:  Persembahan Tarian Kontemporari bertajukPakyung Revisited
Projek ini mengetengahkan penerbitan tarian kontemporari bertajuk Pakyung Revisited  yang menggunakan bentuk Makyung sebagai dasarnya. Ia bermula dengan dasar pemikiran bahawa Pakyung (watak utama) adalah penghibur terbaik atau Raja yang mempunyai kebolehan untuk menyanyi, menari dan berlakon, barulah dia layak untuk mengambil peranan ini. Pihak produksi menggunakan analogi ini untuk sebuah negara yang telah kehilangan kebanggaannya dalam kualiti dan kecemerlangan, sebaliknya berkembang dalam kadar yang sederhana. Persembahan ini akan melibatkan bahagian di mana penonton akan membuat keputusan siapa yang akan memakai mahkota Raja.

ASWARA DANCE COMPANYditubuhkan pada tahun 1994 dan menggabungkan para pensyarah dan pelajar dari Fakulti Tarian, ASWARA (Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan, Malaysia) untuk mempromosikan persembahan tempatan dan menggungguli identiti Malaysia dalam tarian tradisional dan kontemporari. Mempunyai reputasi yang baik sepanjang tahun, syarikat professional sepenuh masa ini dikenali kerana telah melahirkan para graduan yang berjaya dan didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad pada tahun 2011.ASWARA Dance Company boleh dikatakan sebagai contoh gambaran sifat majmuk Malaysia di mana ianya menggabungkan pelbagai bangsa, agama dan genre.Para penari dilatih dalam pelbagai Bahasa dan genre tradisional Malaysia termasuklah ballet dan teknik kontemporari. Hasil karya utama antaranya ialah Women On Top, 3 Faces, Makyung Dewa Indera Indera Dewa, Two, 2 by 2, Panchali Sabatham, JB Arts Festival, Take Off!dan Sime Darby Yayasan’s Connecting Communities – National Dance Tour yang akan bertahan sehingga tahun 2014. Syarikat ini juga telah mengadakan persembahan di pelbagai festival tarian antarabangsa antaranya Hong Kong Dance Teens, Dance XChange diFilipina, Muara Festival and Contact di Singapore, World Islamic Economic Forum di Indonesia, Pondok Bantan dan Our Roots Right Now di Thailand, serta di setiap festival tarian utama di Malaysia. Syarikat ini telah menerima pelbagai anugerah tarian untuk persembahan dan koreografi terutamanya melalui Kakiseni Boh Cameronian Arts Awards dan Anugerah Kementerian Kebudayaan.Pada tahun 2011, syarikat ini telah dianugerahkan dengan Grand Jury Prize Winner di Selangor Young Talent Award untuk seni persembahan.

JOSEPH GONZALES (Pengarah Projek), Dekan untuk Fakulti Tarian di ASWARA sejak tahun 1999 merupakan seorang personaliti yang dihormati di Malaysia. Beliau telah mengadakan persembahan dan koreografi dalam pelbagai genre tarian, teater dan muzik, secara professional sejak tahun 1981 termasuklah Kuala Lumpur Dance Theatre, St. Moritz Gold Band, West End’s The King & I, projek untuk syarikat tarian kontemporari, iklan televisyen dan juga konsert gamelan yang telah memenangi anugerah iaitu Maya: Gong Illusions. Beliau mempunyai PhD dalam Pengajian Tarian dan Sarjana Muda Sains dalam bidang Matematik dari Universiti Malaya, Sarjana Seni (Koreografi) dari Middlesex University, Diploma dalam Ballet, Tarian Moden dan Seni Persembahan dari Bush Davies School. Royal Academy of Dance, Imperial Society of Teachers of Dance, and London Studio Centre, England. Merupakan penulis pelbagai judul buku tarian di Malaysia, dianugerahkan Cameronian Cross-Cultural Champion of the Arts 2007, pengarah dan curator untuk pelbagai festival termasuklah siri Tari antarabangsa, pernah berkhidmat sebagai panel penasihat di bidang pendidikan, persembahan dan penyalur dana kerajaan dan swasta. Pengerusi Bersama untuk Asian Dance Committee, Korea Selatan, dan Naib Presiden South East Asia World Dance Alliance, mempunyai kerjaya di radio dan televisyen serta bekerja di siaran sukan dan program tarian realiti.Pengasas dan Pengarah Artistik untuk ASWARA Dance Company Pte Ltd yang sentiasa menjadi impian beliau untuk melangkah ke alam profesinalisme dalam tarian.

Hubungi: senitari@gmail.com / + 6 019 231 9179

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHARON CHIN
Geran:             RM8,500
Projek:                        In The Land That Never Was Dry
In The Land that Never Was Dryadalah rangkaian cerita grafik bukan fiksyen mengenai air di Malaysia. Menggabungkan ilustrasi, komik dan kewartawanan, kisah ini (9 kisah secara keseluruhan) menyelami perhubungan kita dengan sumber berharga ini.

SHARON CHIN(b.1980) adalah seorang penggiat seni dari Port Dickson, Malaysia. Beliau melakukan pelbagai perkara di pelbagai tempat, dari galeri sehinggalah ke ruang kaki lima. Dia pernah menggantung layar di lobi kedutaan, mendengar isi hati orang yang tidak dikenali di jalanan Sydney dan pernah juga pernah disembur dengan gas pemedih mata ketika sedang memakai kostum bunga berwarna kuning.Baru-baru ini beliau telah mandi di tempat awam bersama 100 orang lagi untuk “Mandi Bunga”, sebuah projek di Singapore Biennale 2013.www.sharonchin.com
Description: https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif
Hubungi: Sharon@mail.sharonchin.com / + 6 017 356 6206

BINGKISAN SEJARAH PENERIMA GERAN

Pada tahun 2006, Dana ini telah menerima 80 penyertaan. Tiga penerima geran ialah:
·       Au Sow Yee untuk The 4th Dimension: Mapping The Imaginary Cinema, sebuah pemasangan filem dan persembahan.
·       Sharon Chin untuk Sensors: Banned Books & Other Monsters, sebuah pemasangan interaktif dan pameran.
·       Dr. Ray Langenbach – untuk Malaysian Performance Video Archives Project.

Pada tahun 2007, Dana ini telah menerima 27 penyertaan. Tiga penerima geran ialah:
·       Amir Muhammad untuk filem Punggok Rindukan Bulan.
·       Hardesh Singh dan CH Loh untuk anthologi CD Faith Hope Chaos: Malaysian Contemporary Music Vol. 1.
·       Lim Kok Yoong untuk Let Arts Move You, sebuah pameran dan projek khidmat seni beberapa buah stesen keretapi dan komuter.

Pada tahun 2008, Dana ini telah menerima 47 penyertaan. Empat penerima geran ialah:
·       Carolyn Lau untuk pameran The Light Show.
·       Chris Chong untuk filem Karaoke.
·       Fahmi Reza untuk projek dokumentasi Projek Hari Hartal.
·       FINDARS untuk rangkuman The Rain Project, siri pembentangan seni eksperimentasi bulanan.

Pada tahun 2009, Dana ini telah menerima 59 penyertaan. Lima penerima geran ialah:
·       Beverly Yong untuk sebuah buku esei mengenai kesenian Malaysia.
·       Fauzi Yusoff untuk sebuah dokumentari audio-visual berjudul Satu Hari.
·       Pentas Project untuk A Word in A Year, sebuah kerjasama projek teater.
·       KongHwee and Ying untuk sebuah buku cerita bertajuk Orang Asli Animal Tales.

·       Tan Nan See untuk pameran solo alternative bertajuk Artist Sojourn.

Pada tahun 2010, Dana ini telah menerima 60 penyertaan. Empat penerima geran ialah:
·       Ho Sheau Fung, Aida Redza and Lisa Foo (Ombak-Ombak ARTStudio) untuk River Art Project.
·       Chong Sheau Ching (Corpcom Services Sdn Bhd) untuk A Portrait of Perseverance, sebuah projek jurnal video wanita.
·       Suzy Sulaiman (Re-cap) untuk Digital Architecture Heritage Trail: Suffolk House, Penang.
·       Adrian Pereira untuk Desa Mentari Youth Project, sebuah projek seni kemasyarakatan.

Pada tahun 2011, Dana ini telah menerima 42 penyertaan. Lima penerima geran ialah:
·       Kok Siew Wai untuk KLEX 2011, Festival Eksperimentasi Filem Dan Video Kuala Lumpur Kedua.
·       Amanda Leonie untuk dokumentasi video mengenai amalan budaya penduduk kampung di Kg. Terian.
·       Christine Yun May Yong untuk Rhythm In Bronze Collaboration Project.
·       Foo Fei Ling untuk If It Is Not Now, Then When? – sebuah filem dari James Lee.
·       Lau Chee Shyong untuk sebuah filem animasi, Lagenda Melaka.

Pada tahun 2012, Dana ini telah menerima 38 penyertaan. Lima penerima geran ialah:

·       Margaret Bong untuk Weight of Salt, sebuah dokumentasi mengenai budaya pembuatan garam yang semakin pupus dalam kaum Kelabit di Borneo.
·       Agnes Lee Agama untuk Bengkel Pembikinan Filem Komuniti dalam masyarakat tempatan dan pribumi.
·       Ng Chor Guan untuk New Music Series, siri muzik eksperimentasi baru.
·       Too Chee Hung (chi too) untuk FTW! (For The Wind)!,siri karya seni kontemporari sebagai maklum balas untuk penyelidikan artisan mengenai pembikinan layang-layang dan penerbangan.
·       Lim Li-Ling untuk Wayang, dokumentari multimedia dan rangkuman foto kumpulan Shio Kee Lin Hokkien Opera.
Pada tahun 2013, dana ini telah menerima 39 penyertaan. Lima penerima geran ialah:

·       Faisal Mustaffa untuk penerbitan buku bertajukMalaysia Cinema in a Bottle: A Century (and a little bit more) of Wayang,hasil nukilan dari Hassan Muthalib.
·       Mohd Afiq Arshad YaakubuntukTepuk Amai-Amai – The School Projectoleh Revolution Stage
·       Jeffrey Lim untukKANTA, experiencing the living form of photography.
·       Yeoh Seng Guan untukLABORING FIGURES - Sketsa dalam bentuk gambar dan antologi video mengenai beberapa invidu biasa yang berada di tempat kerja, rumah dan di pementasan serta rangkuman artikel dalam penerbitan ilmiah dan separa-ilmiah yang popular.
·       Mun Kao untukMALAYSIA, THE GAME,  papan permainan terbaru.



No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???