Sep 6, 2018

Konsert Fenomena D'Pop pada 28 September 2018



Konsert Fenomena DPop iaitu ringkasan dari Dangdut dan Pop akan dipentaskan tidak lama lagi di Dewan Banquet Menara Felda (yang berhampiran KLCC) Kuala Lumpur pada 28 September 2018 ini pada pukul 8.30pm hingga 11.30pm...




Konsert anjuran Wide Lane Event & Management membariskan penyanyi-penyanyi veteran hebat dunia dangdut dan pop.... dan di antara artis-artis yang akan membuat persembahan ialah... Dato' M.Daud Kilau, Dato'Jamal Abdillah, Dato' Nassier Wahab, Rohana Jalil, Amelina, Haiza, Zur Eda, Siti Nordiana dan Zamani Slam



Konsert ini dianjurkan untuk para peminat penyanyi-penyanyi tersebut di samping mengumpulkan dana untuk Majlis Kanser Malaysia (MAKNA)...

Peminat-peminat Konsert Fenomena D Pop ini akan dihiburkan dengan lagu-lagu hit dangdut dan pop sepanjang zaman yang akan mengundang nostalgia dari zaman 70an sehingga 90an....


Pakej konsert ini di jual dengan harga RM1000 (Platinum), RM500 (Gold), RM300 (Silver) dan RM200 (Emerald) dan tiket-tiket semua boleh didapati mulai sekarang... 

Cabutan bertuah juga akan di buat dengan hadiah- hadiah menarik termasuk tiket-tiket melancong ke luar negara...


Ayuh kita menikmati Konsert Fenomena D'Pop ini sambil.membuat amal jariah kepada mereka yang memerlukan...


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Hotline: 019-3977830
FB: fenomenadpop
IG: @fenomenadpop
Twitter: @fenomenadpop
Email: fenomenaoii.18@gmail.com


1 comment:

What do you think of my blog???