Feb 19, 2022

Kelly Azman jadi juri Suara Netizen di rancangan realiti Mic ON! 2

Hmmm korang ada tonton Mic ON! 2 tak? Mic ON! 2 ini ialah salah sebuah rancangan realiti bawah rangkaian Awesome TV…

Mic ON! 2 sekarang sudahpun masuk minggu keempat, dan ada penampilan khas Kelly Azman yang menjadi juri untuk mewakili "Suara Netizen", kalau juri profesional dah ada, juri wakil netizen pun mesti kena ada... Dan siapa lah yang tak kenal Kelly Azman ni…kalau dia komen, fuhhh~

Tapi aduhaiiii, sejak Kelly jadi juri, hashtag #MicOn2 dekat Twitter memang panasssss dan Kelly Azman sendiri pun kena laser dek netizen...nak buat macam mana kan, kalau dah netizen ini, memang manjang suka melaserkan sesiapa je, termasuklah juri! 

Tak cukup lagi, ini ada pulak yang membandingkan Kelly Azman dengan Dato Vida dan Diva AA! Hahahaha hebat-hebat netizen Malaysia ini…

Sedikit info berkenaan Mic ON!

Ianya adalah sebuah program realiti TV nyanyian yang berbeza daripada yang lain dimana program ini menyaksikan tiga orang pelawak mencari dan menguruskan bakat baru untuk dijadikan sebagai anak didik mereka dalam bidang nyanyian. Program yang sudah masuk musim kedua ini dihoskan oleh Azwan Ali dan Issey Fazlisham dan juri tetap pula ialah Dato' Awie, Mas Idayu dan Dato' Hattan. Program ini mulai disiarkan pada 22 Januari 2022.

Jangan lupa tonton Mic On! Musim-2, setiap Jumaat, pada pukul 9:00 malam di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV. Jika terlepas, boleh tonton siaran ulangan setiap hari Sabtu pukul 2:00 petang…Sambil makan popcorn tengok gelagat talent dan netizen kaki laser. 

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti laman media sosial Awesome untuk update & content terkini:
Facebook: Awesome TV

Terima kasih kepada Sally Samsaiman kerana mengeditkan post ini

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???