Sep 23, 2022

Misi Bantuan Kemanusian Susur Pulau 2022

Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) amat mengalakkan orang ramai bersama-sama membantu meringankan beban untuk 110 keluarga asnaf yang menetap di tiga buah pulau di Johor supaya mereka juga boleh bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku dalam beberapa bulan….

Menurut YFBM, Misi Bantuan Kemanusian Susur Pulau 2022 mensasarkan keluarga nelayan yang bergantung penuh pada hasil tangkapan laut dan juga pelancongan…

Kawasan edaran yang dikenalpasti adalah kampung-kampung di Pulau Aur, Pulau Pemanggil dan Pulau Tinggi. Kampung-kampung yang berada di pulau ini terkesan akibat industri pelancongan yang terhenti waktu musim tengkujuh…

Penerima bantuan terdiri dari keluarga asnaf yang bermastautin sepanjang musim di pulau-pulau tersebut. Sebahagian besar penduduk kampung adalah para nelayan kecil, bekas pengusaha dan pekerja industri pelancongan…

Memandangkan tempoh musim tengkujuh berpanjangan sehingga Januari setiap tahun, YFBM bercadang untuk menyalurkan bantuan bekalan makanan asas kepada penduduk di pulau-pulau tersebut untuk tempoh tiga bulan.
Antara barangan yang akan disumbangkan ialah pek kebersihan diri dan bekalan makanan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, kopi dan makanan dalam tin.

Misi bantuan ini akan dilaksanakan selama dua hari bermula pada 9 dan 10 Oktober 2022. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama semua pihak sama ada dari individu, agensi kerajaan, syarikat korporat ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama menghulurkan bantuan…

Menurutnya lagi, sumbangan wang tunai boleh disalurkan kepada yayasan itu melalui akaun Maybank Yayasan Food Bank Malaysia 5660 1063 0584 dengan meletakkan rujukan sebagai SusurPulau2022.

Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.foodbankmalaysia.org/donate/

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???