Jan 8, 2020

SHREYA GHOSHAL LIVE IN CONCERT MALAYSIA 2020


Standard Chartered Malaysia dengan bangganya mempersembahkan “SHREYA GHOSHAL LIVE IN CONCERT MALAYSIA 2020” dengan anjuran Hitman Solutions. Penyanyi playback terkenal India, Shreya Goshal akan membuat kemunculan perdana dengan mengadakan persembahan beserta live band penuh di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 Februari 2020.




Shreya Ghoshal yang berusia 36 tahun telah merakamkan lagu-lagu untuk runut bunyi dan album dalam pelbagai bahasa India dan telah menjadikan dirinya sebagai penyanyi playback utama di industri filem India. Sepanjang kerjayanya, beliau telah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi 150 anugerah, termasuk empat National Film Awards, empat Kerala State Film Awards, dua Tamil Nadu State Film Awards, tujuh Filmfare Awards - termasuk enam Penyanyi Playback Wanita Terbaik - dan sepuluh Filmfare Awards South.


Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award  untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik. Selain nyanyian playback, beliau muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serbaboleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.


Penyanyi ini telah dihormati oleh pihak Ohio di Amerika Syarikat, di mana Gabenor Ted Strickland mengisytiharkan 26 Jun sebagai "Hari Shreya Ghoshal". Pada bulan April 2013, beliau mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat yang terpilih di United Kingdom. Beliau juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.

“Saya sangat teruja untuk tampil di Malaysia buat kali pertama dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Standard Chartered Malaysia. Saya merasakan bahawa ini adalah sebuah pengiktirafan yang tinggi dari sebuah bank global kerana ia menunjukkan betapa impak industri hiburan Bollywood telah dicapai di peringkat antarabangsa dan sejauh mana ia telah berlaku. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan semua peminat saya di Malaysia,” ujar Shreya Ghoshal mengenai kemunculan sulungnya yang akan datang di negara ini.


Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu hits nyanyiannya iaitu Chikni Chameli (dari filem Agneepath), Dola Re Dola (fdari filem Devdas), Deewani Mastani (dari filem Bajirao Mastani), Teri Meri (dari filem  Bodyguard) dan banyak lagi.


“Kami dengan bangganya mengumumkan konsert pertama kami pada tahun 2020 dipersembahkan oleh Standard Chartered Malaysia, Shreya Ghoshal Live in Concert Malaysia. Para peminat Shreya Ghoshal yang terdiri dari pelbagai bangsa akan dipersembahkan dengan konsert muzikal yang menghiburkan. Ini merupakan konsert Bollywood yang ditunggu-tunggu di Malaysia selepas kemunculan Shah Rukh Khan pada tahun 2013,” ujar Rohit Rampal, Pengasas dan Ketua Pegawai Ekskutif Hitman Solutions Live Sdn Bhd.

Hitman Solutions merupakan penganjur konsert yang tidak asing lagi untuk pasaran tersendiri di Malaysia dengan menganjurkan konsert-konsert artis Bollywood sejak 15 tahun yang lalu. Baru-baru ini, Hitman Solutions  telah menganjurkan konsert "heavyweight Bhangra", Diljit Dosanjh yang telah dibanjiri peminat di KL Live.

"Untuk tahun ke 145 kami di Malaysia bakal dilengkapi dengan kenangan dan inisiatif menarik, termasuk kemunculan pertama bintang mega Shreya Ghoshal di sini. Sebagai sebuah bank global, kami menyediakan pelbagai keperluan asas kepada pelanggan yang terdiri daripda pelbagai lapisan masyarakat dan kami bangga dikaitkan dengan seseorang yang dapat menyatukan masyarakat melalui muzik. Bakatnya yang besar telah membantu beliau menjangkau penonton antarabangsa, membuktikan bahawa muzik benar-benar mempunyai kuasa untuk menyatukan semua,” menurut Abrar A. Anwar, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM150 (Bronze), RM250 (Silver), RM450 (Gold), RM600 (Platinum), RM1,000 (Diamond) dan RM1,500 (VIP). Peminat boleh menghubungi talian +601 2501 5783 / +601 2380 5783 untuk tempahan.
Tiket-tiket konsert telah mula dijual sejak 6 Januari 2020 melalui  www.myticket.asia.

Bersempena konsert ini, Standard Chartered Malaysia akan menghadiahkan tiket kepada pelanggan Perbankan Prioriti dan Perbankan Premium baru yang layak dan sedia ada.

 Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.sc.com/my atau hubungi nombor hotline Perbankan Prioriti di 1 300 88 9999.

Rakan Rasmi Shreya Ghoshal Live in Concert Malaysia 

Dipersembahkan oleh: Standard Chartered Malaysia
Rakan Hotel Rasmi: EQ Kuala Lumpur


No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???