Oct 27, 2022

Absolut Music Festival by ELFBAR dianjurkan PERCUMA di Sungai Besi

Absolut Events & Management Sdn Bhd akan berkolaborasi dengan jenama ELFBAR untuk menganjurkan sebuah konsert PERCUMA pada awal November depan. 

Festival gaya hidup yang berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka ini juga akan membawa festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara….

Kelainan yang Absolut Events & Management Sdn Bhd bakal bawakan adalah dengan menyatukan kepelbagaian di dalam satu acara. 

Akim dikhabarkan juga akan menampilkan diri antara barisan 18 artis yang akan menjayakan persembahan sempena konsert percuma awal bulan depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Selain Akim, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi akan melakukan persembahan sepanjang tiga hari penganjuran acara tersebut.

Bertemakan festival dengan konsep terbuka, acara yang mendapat tajaan dari syarikat vape, Elfbar diadakan bertujuan menyemarakkan lagi industri acara yang tampak suram sejak dua tahun kebelakangan ini.

Acara kali ini juga akan memberi peluang rezeki kepada 110 peniaga kecil dan sederhana terdiri daripada industri makanan, minuman, pakaian dan kosmetik untuk menjual barangan mereka.

Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.

Festival yang akan bermula dari 4 hingga 6 November ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.

Acara ini tidak mungkin dapat disajikan secara PERCUMA kepada anda semua tanpa kerjasama bersama pihak ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022.

Tidak lupa juga, Festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak Absolut Events & Management Sdn Bhd ingin menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai memeriahkan lagi festival yang bakal berlangsung selama 3 hari ini. 

Sambil makan dan minum bersama yang tersayang, anda juga boleh menikmati dendangan lagu yang bakal dipersembahkan kepada anda semua.

Semua dijemput hadir! Jumpa anda di Absolut Music Festival by ELFBAR !

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???