Aug 1, 2018

'LUPAKAN DIA' SINGLE KEDUA DIA BAND





Berbekalkan single pertama berjudul ’Mungkin’ sebelum ini, Dia Band, ’ yakin dan berharap bahawa ini adalah tiket bagi mereka untuk memasuki industri hiburan tanahair dengan lebih dikenali berbanding sebelum ini. Dia Band ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai Iima (5) pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), lsma (bassist) dan Izhan (vocal). 


Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions. Dia Band yang berasal dari Johor, diketuai oleh Fauzi selaku pengasas dan pemain dram. Memasuki tahun keenam (6) penubuhan Dia Band sebagai sebuah band, Dia Band telah pun menghasilkan 2 buah lagu single. Lagu single pertama yang berjudul ’Mungkin’ diterbitkan pada tahun 2016. 



Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh composer berprofilik ’Edry Abd Halim’ (Edry KRU) ini, pernah tercalon didalam carta pencalonan Muzik-Muzik TV3 dan juga pernah memasuki carta-carta radio tempatan seperti RTM dan radio-radio swasta termasuk radio Mediacorp Ria singapura .Manakala lagu single kedua Dia Band yang berjudul 'Lupakan Dia’ kini baru diterbitkan pada tahun 2018. Lagu single kedua (2) Dia Band ini juga dicipta sepenuhnya oleh Komposer ‘Edry Abd Halim’ dengan muzik arrangement Dia Band sendiri dan dilancarkan pada 3 Mac 2018.



Dia Band menetapkan konsep muzik pop/rock balada yang beralunkan lndo pop dengan elemen Melayu moden yang begitu mesra dalam kalangan pendengar tempatan untuk dipersembahkan didalam lagu-lagu Dia Band. Dia Band dan Eizi Productions yangjuga merupakan sebuah syarikat Sound and light rental telah bekerjasama dengan ’lmpact Music & Entertainment' sebagai Artis Management Unit yang menjaga segala gerak an Dia Band.




Untuk pembikinan MTV ’Lupakan Dia’ kamijuga telah bekerjasama dengan ikon pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dalam penghasilan Muzik Video Dia Band. Selain berharap 'Lupakan Dia’ menjadi batu loncatan bagi mereka memasuki industri hiburan tanah air secara mainstream untuk lebih dikenali.

’Lupakan Dia' secara rasminya dilancarkan pada 3 Mac 2018 di laman Youtube Eizi Productions. Selain itu, lagu ini juga boleh dimuat turun di saluran telco di Malaysia, Singapura,Indonesia serta iTunes, Spotify, Joox dan pelbagai platform muzik digital yang lain. 



Dia Band Iaman media sosial : 


Fanbase : Fb Dia Band Fan 


0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???