Apr 15, 2019

Siti Khadijah Raikan Sukses Tahun Ke-10


Jenama telekung nombor satu Malaysia, Siti Khadijah (SK) hari ini mengadakan Majlis Makan Malam Gala di Putrajaya Marriott bersempena sambutan ulangtahun yang ke-10. Perjalanan sedekad yang membawa tema Sedekad Kesetiaan tersebut meraikan seluruh kakitangan Siti Khadijah di Malaysia dan Indonesia sebagai menghargai dedikasi mereka dalam menjayakan empayar Siti Khadijah.


Dalam ucapan Puan Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah yang mengimbau permulaan perjalanannya 10 tahun lalu, perbezaan ketara dari hanya 200 pasang telekung pertama, kini syarikatnya mampu memproduksi sehingga 2000 helai sehari.


“Dari khusus telekung, berkembang ke pakaian wanita dan lelaki, ke produk penjagaan diri sehinggalah ke pembukaan Kolej Seni Jahitan Srikandi,” ucap beliau yang turut memperkenalkan telekung secara global sebagai pakaian solat ideal buat Muslimah di United Kingdom, Jepun, Turki dan Timur Tengah.


Ibu kepada enam orang anak lelaki ini amat bertuah kerana kejayaan perniagaan Siti Khadijah yang diasaskan olehnya pada hari ini didirikan bersama suami tercinta Encik Aminuddin Mohd Nasir dan hampir kesemua anak-anak lelakinya yang memegang jawatan dalam bahagian tersendiri. Ini terbukti apabila iklan di papan-papan gergasi di lebuhraya utama yang memaparkan barisan ayat “Nak… Mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah” berjaya menobatkan anak keduanya, Mohammad Munzir Aminuddin sebagai CMO Marketer of The Year di Malaysian CMO (Chief Marketing Officer) Award 2018 hujung tahun lalu. Munzir yang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd turut bertanggungjawab dalam meluaskan empayar perniagaan Siti Khadijah di Indonesia.


Siti Khadijah Di Indonesia

“SK menyasar untuk menampung permintaan pengguna telekung di kalangan wanita bukan sahaja di Malaysia, Singapura dan Brunei, tetapi juga di Indonesia. Kini dua butik Siti Khadijah Indonesia sudah bertapak di Jakarta dan Bandung. Empat lagi akan kami buka tahun ini, satu lagi di Jakarta, setiap satu di Pekan Baru, Surabaya, dan Makassar dengan nilai pelaburan sebanyak 3.5miliar Rupiah (sekitar RM1juta). Kami turut berkolaborasi bersama rangkaian TV Shopping seperti Oshop dan MNC Shop serta mendapat sokongan usahasama daripada empat gedung membeli-belah utama Indonesia; Metro, Sogo, Centro dan Parkson. Juga di marketplace di Lazada dan Tokopedia,” kongsi Munzir lagi ketika di acara Malam Sedekad Siti Khadijah yang turut dihadiri oleh Duta SK Indonesia, Elma Theana, wakil media Indonesia dan VVIP dari delegasi Indonesia.  


Telekung Inovasi Pertama Dunia


Penggunaan fabrik berkualiti tinggi seperti “cotton-feel” dengan rekaan inovatif fleksibel di bahagian wajah - mudah regang di dahi dan dagu tanpa perlu dipin atau memakai anak tudung menjadikan telekung SK unik berbanding telekung sedia ada di pasaran. Manakala perincian minimalis seperti renda menambah seri si pemakai namun masih kekal ringkas mengikut syarak. Puan Padzilah mengambil masa enam bulan mengkaji setiap inci rekaan untuk menghasilkan telekung yang sempurna buat setiap Muslimah.



Siti Khadijah merupakan jenama berdaftar di bawah MyIPO dan segala trademark dan rekaan yang ditiru boleh diambil tindakan undang-undang.  Rekaan Telekung Siti Khadijah Klasik dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 sejak 7 Januari 2011. Berikutan informasi mengenai penjual telekung tiruan Siti Khadijah yang diterima, laporan telah dibuat kepada pihak berwajib seperti KPDNKK. Beberapa serbuan besar-besaran telah dilakukan melibatkan rampasan beribu-ribu telekung tiruan yang menggunakan logo Siti Khadijah.

 Siti Khadijah Sebagai Jenama Gaya Hidup Muslim Terulung Di Peringkat Global


Melangkah ke dekad kedua, Siti Khadijah tampil dengan penjenamaan terbaru kepada nama “SK”. “Insyaallah, kami bakal membuka sebuah gedung konsep pertama SK di pusat membeli-belah ternama Kuala Lumpur,” kata Encik Aminuddin. Sementara itu, SK akan terus konsisten melebarkan sayap untuk menguasai industri perusahaan pakaian solat Muslimah, tidak terhad kepada produk telekung Nusantara, tetapi juga pakaian solat yang direka khas mengikut budaya Muslimah di Eropah, China, Afrika dan Timur Tengah. 

Acara yang meraikan “keluarga besar” Siti Khadijah ini turut dihadiri oleh pelanggan-pelanggan terpilih dan beberapa selebriti pengguna SK seperti Datin Seri Normala Samsudin, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa, Fauziah Nawi, Joyce Harn dan Da’i Aiman.



Selain menaiktaraf teknologi dan kualiti fabrik dan rekaan, SK bersama-sama menyokong kempen global dalam memperkasakan prinsip fesyen mampan (sustainable fashion) dengan menawarkan produk yang boleh digunakan dalam durasi panjang dan memperbaharui semula telekung lama yang disumbang oleh pelanggan SK.  

Sebanyak 15 koleksi terbaru Siti Khadijah turut diperagakan diikuti dengan Jualan Mega besar-besaran sehingga 60% potongan diskaun pada hari keesokannya.   
 “Follow” di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan
“Like” Facebook Telekung Siti Khadijah.

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???