Jun 16, 2022

Ada apa dengan Ruhainies ?

Ruhainies, 29, tidak ingin menjaja kisah cintanya dengan kekasih yang digelar Mr E kerana tidak mahu peminat terlepas pandang perkembangan kerjaya seninya.

Pelakon jelita, yang nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu tak peduli sekiranya netizen membuat spekulasi mengenai status hubungannya dengan Mr E….

“Saya tidak mahu mengulas sama ada kami masih menjalinkan hubungan cinta atau sudah putus.

“Cukuplah dengan apa yang pernah dikongsikan pada peminat sebelum ini,” katanya.

Bila ditanya kalau Mr E tidak kecewa melihat keakrabannya dengan pelakon kontroversi, Zul Ariffin, Ruhainies mengakui, setiap apa yang dilakukan mengikut keputusan sendiri.

“Saya rapat dengan Zul sebagai sahabat dan rakan artis.

“Sebab itu, saya pilih Zul menjadi gimik dalam klip video malam berinai yang dimuat naik menerusi laman Instagram, sebelum ini,” katanya.

Tentang bab soal perkahwinan, Ruhainies tidak merancang berkahwin pada tahun ini.

“Saya mahu fokus mengukuhkan nama dalam kerjaya seni terlebih dahulu.

“Sebagai pelakon, saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon drama sahaja kerana mahu mengembangkan kerjaya ke layar perak,” katanya….

Ruhainies akan muncul dengan filem baharu, Musyrik - Api Neraka Menantimu yang bergenre seram….

 Ruhainies berkata, dia terima tawaran berlakon dalam filem kerana ingin mencuba berlakon dalam filem genre seram.

Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Ruhainies bergandingan dengan Ashraf Muslim dan Aeril Zafrel selaku teraju utama.

“Saya seorang penakut, tetapi Arjin berjaya memujuk saya berlakon dalam filem seram ini.

“Saya bertuah bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril dalam filem ini.

“Aeril banyak membantu memberi tunjuk ajar untuk saya menjiwai karakter Farah seperti tuntutan watak,” katanya.

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Mengulas soal lakonan, Ruhainies berkata, dia berdepan cabaran ketika melakonkan babak Farah yang dirasuk dalam filem itu.

“Penggambaran filem ini banyak dilakukan pada waktu malam dan babak dirasuk dibuat pada jam 3.30 pagi.

“Mujur babak Farah dirasuk turut dibantu dengan elemen imej janaan komputer (CGI) untuk menghidupkan lagi karakter,” katanya.

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai 2022 depan. Trailer rasmi filem sudah pun disiarkan di www.youtube.com/WhiteMerpatiMovies atau https://youtu.be/cDI3E37iF1Q

2 comments:

  1. There are Many books in the Market but “CBSE Books + Exemplars” Stand alone in the market. Candidates Preparing for 3rd Examinations as well as CBSE Aspirants Require Good Textbook 2023s and resources for High Level Preparation. CBSE 3rd Class Textbook 2023 All the chapters of CBSE Class 3 Books 2023 are Available for Download in Pdf format. In this Website, Students will get the links to Download All Chapter of CBSE 4th Exemplar 2023, Get here CBSE Class 3 Books 2023 in PDF form. Students can Download the PDF at free of cost and take Advantage of it while Preparing for CBSE Board Exam.

    ReplyDelete
  2. MP Board 1st, 2nd, 3rd, 4th, 5th Books 2023 for Maths, Science, Social Science, Hindi, English, Physics, Chemistry, Biology, MP Board 5th Class Book Business Studies, History, Geography and other Subjects in Pdf Form, MP Board 1st, 2nd, 3rd, 4th, 5th Books 2023 Usually Comprises All the Subject Based Topics, According to the Updated MP Board Study Material which are Generally Studied by the Students in their Academic year 2023, Madhya Pradesh Board Primary School Students or Teachers can easily Download. These MPTBC 1st, 2nd, 3rd, 4th, 5th Books 2023 Provide Quality Education to All the Students From Elementary SchooL.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???