Jun 30, 2022

Pelakon dan Kru Musyrik- Api Neraka Menantimu! mengalami gangguan mistik di set penggambaran


Arjin Uppal, seorang pengarah berbakat besar, berkata bahawa beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik - Api Neraka Menantimu! 

Filem Arjin, terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd yang dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies dan juga Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi melalui kejadian pelik ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, jam 3 pagi.

“Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini.

“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.

Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.

“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup.

“Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya.

Aishah Ilias yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril juga mengalami kejadian pelik apabila babak baring dalam kuburnya 

Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan.....

Selaku pengarah, Arjin berkata, dia tetap bertenang ketika berdepan kejadian aneh membabitkan Aishah itu.

“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

“Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya.

Arjin percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik...

Penggambaran filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.

“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam..

“Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi. Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan.

“Ketika di tanah perkuburan, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.

Ada juga kejadian aneh yang lain berlaku ketika penggambaran di kawasan hutan.
Arjin berkata beliau pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir.

“Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.

Mengulas adakah kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu.

“Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu.

“Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan,” katanya.

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.

1 comment:

  1. KVS keeps on Updating the Text Books with the help of the Latest Question Papers of each year. The KVS Textbooks 2023 for 1st, 2nd, 3rd, 4th, 5th, 6th, 7th, 8th, 9th, 10th are not only Trending but also comes with the Updated syllabus and curriculum. KVS 6th Class Books KVS Textbooks 2023 for 1st, 2nd, 3rd, 4th, 5th, 6th, 7th, 8th, 9th, 10th are one of the Perfect study Materials you can Choose for Efficient Preparation ahead, KVS Books are Specifically Focused on the Syllabus which Suits All Indian Education Boards, Students Download KVS Books 2023 for 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 Online our Web portal Provide Subject Wise and Medium Wise Pdf Format File Complete KVS Curriculum Complete Text Books 2023.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???