Jul 4, 2022

Filem Musyrik bakal box-office, mengikut jejak Mat Kilau.


Kejayaan filem ‘box office’, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang berjaya mengutip RM39.2 juta dalam tempoh sepuluh hari tayangan menjadi penanda aras kepada industri perfileman negara.

Filem epik Melayu terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu seakan memberikan sinar baharu kepada industri perfileman yang merudum sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selama dua tahun.

Bagi penerbit filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! S Baldev berkata, kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan filem tempatan mampu pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

“Terima kasih penonton tempatan. Filem Malaysia memang berkualiti untuk menarik penonton ke pawagam.

“Walaupun pasaran kita kecil, ‘output’ kita besar berbanding dengan filem Hollywood atau Bollywood,” katanya.

S Baldev berkata, pembikinan filem tempatan memang bekerja keras untuk memberikan karya terbaik untuk penonton.

“Justeru, saya sangat berharap kerajaan beri perhatian sewajarnya dengan membantu membawa filem tempatan ke peringkat global,” katanya.

Mengenai filem baharu bergenre seram Musyrik - Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, mesej ingin disampaikan dalam filem terbitannya sama seperti Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
 
“Jika filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membangkitkan martabat orang Melayu, Musyrik - Api Neraka Menantimu! pula membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti.

“Walaupun saya bukan beragama Islam, saya berminat untuk mempelajari mengenai agama lain dan percaya Tuhan hanya satu.

“Malah, pasukan produksi kami juga buat kajian secara mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini,” katanya.

Ditanya sasaran kutipan filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.

“Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan seluruh masyarakat,” katanya.

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya.

Selain itu, ia turut dibarisi pelakon, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai ini.

Trailer rasmi filem ini sudah menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu.

https://youtu.be/cDI3E37iF1Q

Selain Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!, antara senarai filem tempatan lain yang bakal ditayangkan di pawagam mengikut Skim Wajib Tayang termasuklah Bintang Hatiku pada 28 Julai ini, Jerangkung Dalam Almari (4 Ogos), Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (25 Ogos) dan Anak Rimau (1 September).

Tidak ketinggalan, filem Juang (8 September), Ada Hantu 2 (15 September), Zaara (22 September), Rasuk dan Biko (29 September) dan banyak lagi.
Tajuk - Filem Musyrik bakal box-office, mengikut jejak Mat Kilau.

1 comment:

  1. Directorate Of Teacher Education And State Council Of Educational Research & Training (DT & SCERT) will be Conducting the Odisha 6th, 7th, 8th, 9th, 10th (High School) Public Examination in Acadamic year 2023, Odisha 8th Class Question Paper This Odisha High School Final Exam Conducted Every Year Month of April, This Odisha 6th, 7th, 8th, 9th, 10th Exam Every Year More Than 30 Laks of Students Attended, DT & SCERT Odisha 6th, 7th, 8th, 9th, 10th Date Sheet 2023 Available at Official Website.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???