Oct 20, 2019

#FSSM2019 - Festival Seni Selat Melaka 2019


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) telah berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk menjayakan Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang telah dilaksanakan pada 18, 19 dan 20 Oktober 2019....  




FSSM2019 yang bertemakan “Selat Melaka, Warisan Nusantara”  mengetengahkan pelbagai aktiviti berteraskan seni budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia... 


Program ini juga sebahagian daripada acara Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob...



FSSM 2019 telah pun menganjurkan Malam Gala Selat Melaka (19 Oktober 2019 – Sabtu), Persembahan Sisipan (Showcase) Warna-warni Selat  




Melaka, Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka, Pusat Transformasi Rakyat, Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka dan Bazaar Selat Melaka : Seni Budaya dan Pelancongan yang telah dilancarkan dan di sambut gilang gemilang dan meriah dihadiri pengunjung... 




Tetamu Kehormat yang diraikan iaitu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob dan YBhg. Tan Sri Hajjah Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menaiki beca-beca oleh Persatuan Beca Warisan diiringi Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis dan Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka ke tapak acara....



Perarakan Kereta Lembu dan Beca Warisan yang mengiringi kenaikan Tetamu Kehormat adalah sebagai perlambangan kepada kesenian pelbagai kaum yang menunjangi seni budaya negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan...  




Sebanyak Tiga Puluh Tiga (33) agensi Kerajaan dari negeri Melaka telah turut serta menjayakan FSSM2019, tujuh (7) agensi swasta, sebelas (11) persatuan dan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan dan dua (2) komuniti...  


Pada masa yang sama, usahawan makanan muslim iaitu JALEN telah membuat Jualan Promosi, Minuman Percuma Dan Food Tester, Baucer Pembelian, Jualan Promosi, Demonstrasi Masakan serta pelbagai kuiz dan pertandingan. ASD Empire uga telahpun membuka kaunter alat solek dan tatarias juga melaksanakan aktiviti catan muka (face painting). 

Jabatan Warisan Negara akan memaparkan pameran arkeologi untuk pengunjung merasai pendedahan cara-cara kajian arkeologi dan eskavasi cari gali bahanbahan, artifak dan monument sejarah bagaikan ahli arkeologi.  


Urus Setia JKKN turut mengadakan pelbagai aktiviti di reruai pameran dengan Pertandingan Mewarna, Demonstrasi Permainan Tradisional, Musang Berjanggut, Kuiz Kebudayaan serta Pameran Fotografi  “Syukor Khamis : Kampong Boy” Koleksi Karya Dallah Deen Photography.  



Joget Lambak@Melaka yang manjadi Majlis Penutup kepada FSSM2019 malam ini akan menyaksikan beberapa pertandingan akhir dilaksanakan iaitu Pertarungan Joget & Zapin (bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pengarah JKKN) dan Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden, Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah Bebas serta melancarkan kempen “I LOVE MALAYSIA” Siri Melaka di samping memeriahkan lagi petang yang menjadi acara penutupan kepada FSSM2019.



FSSM2019 juga adalah lambang sokongan padu MOTAC dan JKKN dalam menyemarakkan Tahun Melawat Melaka 2019 yang dipacukan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan sekaligus menjadi permulaan yang baik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan datang.

Orang ramai bolehlah mengikuti laman fan page facebook : JKKN Melaka FanPage untuk mengikuti pelbagai perkembangan FSSM2019.







2 comments:

  1. Wah! meriahnya.
    Apsal orang Melaka sendiri tak tahu nih! hahaha...

    ReplyDelete
  2. PSEB 12th Class is Students Intermediate Level Education Completed, Punjab Board will be Upload PSEB 12th Syllabus 2023, Syllabus issued will be Applicable for All the Collages Affiliated to the Punjab Board. PSEB 12th Class Revised Syllabus Punjab Board Conducts Study Class for Government and Private Collages, PSEB 12th Class is Students Intermediate Level Education Completed, Punjab Board will be Upload PSEB 12th Syllabus 2023, Syllabus issued will be Applicable for All the Collages Affiliated to the Punjab Board. Punjab Board Conducts Study Class for Government and Private Collages

    ReplyDelete

What do you think of my blog???