Nov 1, 2022

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) 2022

 
Untuk dua tahun lepas, acara penganugerahan The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) diadakan secara maya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)…. 

Tahun ini, acara anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) diadakan secara fizikal bertempat di Subang Skypark, Private Air Hanger baru baru ini
 
100MIYE adalah majlis anugerah yang memberi pengiktirafan kepada 100 usahawan muda yang paling berpengaruh.
 
Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK  Chua, berkata, majlis anugerah ini diadakan bertujuan untuk menonjolkan dan mengiktiraf usahawan muda yang terbaik, cemerlang, bersemangat dan inovatif dalam perniagaan yang mereka ceburi.
 
“Untuk menjadi usahawan yang berjaya sehingga boleh diangkat sebagai ikon bukanlah mudah.
 
“Mereka pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dan persaingan. Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan.

“Usahawan perlu ada iltizam yang tinggi , bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam perniagaan masing-masing,” katanya.
 
Datuk KK Chua berkata, 100MIYE adalah acara tahunan anjuran majalah Entrepreneur Insight dan ini adalah penganjuran kali ketujuh.
 
Bagaimanapun jelas beliau, untuk tahun 2020 dan 2021, penganjuran 100MIYE dilakukan secara maya berikutan PKP.
 
Ujar beliau lagi, 100MIYE bukan sekadar pemberian anugerah tetapi membina komuniti usahawan bagi berkongsi pandangan dan pendapat dalam bidang perniagaan.
 
“Mengeratkan lagi komuniti rakan niaga ini, pemenang juga layak menyertai percutian tiga hari dua malam (Private Business Networking Retreat for 3D2N) untuk membina rangkaian perniagaan, berkongsi maklumat dan seterusnya boleh membentuk kerjasama dalam perniagaan.
 
“Matlamat utama 100MIYE adalah memberi pengiktirafan kepada usahawan yang betul-betul berjaya di samping memperkukuhkan dan  mengeratkan hubungan sesama usahawan,” katanya.
 
Terdahulu, anugerah ini pernah dimenangi penggiat seni dan selebriti terkenal tanah air antaranya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei, Shila Amzah dan Fattah Amin.
 
KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN 100MIYE
 
• Calon mestilah berusia 45 tahun dan ke bawah, terbuka kepada lelaki dan wanita.
• Beliau mestilah berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan.
• Berada di dalam pengurusan syarikat  minimum dua tahun dan  memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.
• Syarikat mestilah mengusahakan perniagaan  yang sah dan perolehan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.
 
 
DANA USAHAWAN MUDA
 
Dana ini adalah inisiatif kepada bakat muda dalam bidang perniagaan menerusi pembabitan ahli perniagaan terkemuka yang akan berkongsi pengalaman dan selaku pembimbing.  
 
 
KEISTIMEWAAN PENERIMA ANUGERAH
 
• 100MIYE 2022 Digital Award Presentation
• Award night at private jet hangar
• 2 pages feature in best selling hardcover The MIYE award coffee table book
• Receive the Prestigious Designer Trophy
• Receive the Certificate of Merit
• Exclusive 100MIYE winner personal branding video
• Announcement and feature on social media platforms
• Exclusive Entrepreneurs Focus writeup on Entrepreneur Insight website
• GDN/Google Adwords 2 weeks keyword search for winner’ name
• Private  Business Networking Retreat for 3D2N
• Business Networking Sessions
• Jom Beli Live
• Recognize as Green Malaysia approve business inclusive logo usage and certificate.
 

Entrepreneur Insight (EI)
 
     EI adalah majalah keusahawan terbitan Armani  Media Group Berhad.
    Majalah ini  bermotokan “Entrepreneurs Growing Entrepreneurs.

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???