Jan 31, 2018

Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018

Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 kembali untuk edisi yang kelima dengan pengumuman pilihan top 20 dalam setiap kategori....


AME 2018 akan dilangsungkan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8hb April 2018, pada jam 9 malam dan akan ditayangkan secara eksklusif di empat saluran utama Astro iaitu Ria (Astro 104), Prima (Astro 105), Ria HD (Astro 123) dan Maya HD (Astro 134).

Anugerah MeleTOP Era berdasarkan undian 100 peratus peminat dan penganjuran AME kukuh mengambil kira populariti adalah elemen penting dalam kerjaya seseorang artis....


Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris berkata, penganjuran itu adalah satu inisiatif yang besar dan bukan sekadar menjadikan AME sebagai acara tempelan semata-mata.

“Kini sudah memasuki tahun kelima, AME berjaya membuka dimensi baru untuk memartabatkan karya seni dan nilai komersial tempatan. Ia juga medium penting untuk mengeratkan selebriti dan kelab peminat.

“Penganjuran hiburan berskala besar itu mampu memacu industri seni tempatan ke tahap lebih jauh dan bukan sekadar acara tempelan. Ia juga menjadi medan memperagakan fesyen selain mengiktiraf golongan yang giat berkarya sepenuh hati,” katanya.


Dianjurkan sejak 2014, anugerah berprestij itu masih mengekalkan format asal meraikan karya dan personaliti paling meletup atau popular merangkumi beberapa cabang seni utama seperti muzik, radio, TV, filem, fesyen dan digital sepanjang tahun lalu.

Untuk senarai calon Top 20 bagi 16 kategori dipertandingkan, proses senarai pendek dilakukan secara tertutup menerusi penilaian sepasukan panel juri khas berpengalaman.


Pasangan hos Nabil Ahmad dan Neelofa kekal untuk tahun ini satu kepastian acara AME2018 kelak pasti lebih meriah...

Kategori Artis Baharu MeleTOP sudah tentunya yang dijadikan yang paling menaruk..  di mana inilah masa untuk melihat selebriti baru mana berjaya meyakinkan peminat sepanjang tahun lalu.


Contohnya, penyanyi Wany Hasrita yang cukup popular dengan lagu Menahan Rindu, fenomena diciptanya sukar disangkal. Begitu juga dengan pelakon Hannah Delisha, namanya pantas meniti di bibir peminat tempatan.

Selain mereka, turut tersenarai dalam pencalonan awal Top 20 itu termasuklah Floor 88, Ismail Izzani, Afifah Nasir, Farah Nabila, Atmosfera, Fendy Bakry, Nastia, Shaa, Putera Band dan Sangeeta Krishnasamy.


Tidak ketinggalan, As’ad Motawh, Syazuwan Hassan, Aishah Azman, Nadzmi Adhwa, Elvina Mohamad, Yaya Zahir, Jasmine Suraya dan Oktovia Manrose.

Untuk undian fasa pertama bagi menentukan Top 5, undian sudah dibuka sejak 22hb Januari 2018 lalu dan berakhir pada 23hb Februari 2018 ini pada jam 12 tengah hari menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my.


Bagi fasa kedua pula, undian penentuan pemenang setiap kategori boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan Raku serta kiriman SMS bermula 6hb Mac 2018 ini, jam 1 tengah hari hingga 8hb April 2018, jam 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???