Jan 20, 2018

Anugerah Juara Lagu 32 - Fesyen dan Muzik



Anugerah Juara Lagu 32 bakal menggegarkan pentas Axiata Arena di Bukit Jalil, akan mencipta kelainan dengan mengangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama pada 11 Februari depan..

Tema ini dipilih selepas mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini- dari fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani memakai baju berbentuk kunci dan hati, sehingga fesyen terkini dengan penampilan Dayang Nurfaizah yang sentiasa mewah dan bergaya, bersesuaian dengan lagu yang disampaikan sehingga sudah menjadi identitinya...
Setiap artis bebas bereksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui fesyen dan muzik, samada bergerak seiring dengan peredaran zaman ataupun terus kekal dengan identiti sendiri walaupun dunia berevolusi...


Dan buat pertama kalinya, trofi AJL disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini yang telah mengabungan Fesyen dan Muzik pada piala berkenaan.
Tahun ini, pengacara yang bakal menghangatkan lagi AJL 32, terjatuh kepada Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang memang sudahpun mencuitkan dan menghiburkan hati para jemputan di Sidang Media Anugerah Juara Lagu 32 yang telah berlangsung di Mayang Sari Ballroom, JW Marriot baru baru ini....
AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu, Samsung turut menyumbang hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan persembahan terbaik.
Pada malam AJL 32 nanti, para hadirin akan bakal dihiburkan dengan persembahan artis iaitu Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A Rahman Hassan dan Jeffrey Din.
...dan 12 lagu finalis AJL 32 ialah......
Akhirnya, Cinta - Salma (Ajai/Slen)
Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)


Aku Yang Sebenar - Hazama & The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad)


Amboi - Altimet (Navigator/Altimet)
Bayang - Khai Bahar (Alam Harry Khalifah/Patrick Anohada)
Jampi - Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)


Lebih Sempurna - Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz)
Menahan Rindu - Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran)
Sejati - Azmi Caliph Buskers (penyanyi asal Faizal Tahir) (Faizal Tahir/Mike Chan)


Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah (Ajai)


Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)
Warkah Untuk Mu - Ara Johari (Hang Nadim/Laq)
Jangan lupa untuk mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak, iaitu pada 11 Februari  menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32 


Ini akan menyumbang kepada 50 peratus markah keseluruhan persembahan itu... manakala baki 50 peratus akan datang dari juri profesional...


Tiket AJL32 boleh di dapati dati kaunter tiket di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari. Kaunter tiket akan dibuka pada jam 3 petang hingga 5 petang...



1 comment:

  1. These are really Exciting moments,!!! Awesome articles and thanks for sharing with us. A smart TV Refresh Rate Definition can helps you to watch and enjoy some stunning moments.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???