Aug 21, 2022

Yayasan Food Bank Malaysia membantu masyarakat dengan Program Minyak Motosikal Percuma!!!


Yayasan Food Bank Malaysia didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada 2018, dan merupai sebuah badan bukan kerajaan (Non-Government Organization - NGO) dan organisasi yang tidak berasaskan keuntungan (Non Profit Organization - NPO), yang menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan makanan kepada asnaf, golongan B40 dan mangsa bencana di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan pelbagai agensi kerajaan serta syarikat-syarikat korporat. Yayasan Food Bank dipengerusikan oleh Y.A.M DATIN PADUKA SETIA TENGKU ZATASHAH BINTI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH.

Dalam menghadapi situasi krisis inflasi yang tinggi baru-baru ini, Yayasan Food Bank Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat yang memerlukan dengan mengadakan Program Minyak Motorsikal Percuma.

 Program ini telah diadakan sebanyak 5 kali bermula sejak 5 Ogos 2022 di lokasi pertama, Stesen Minyak Shell Bandar Baru Bangi serta telah menjelajah ke kawasan Utara Malaysia di Baling dan Arau yang melibatkan 850 orang penerima. 

Program yang telah memasuki siri ke 6 ini diadakan untuk mengagihkan minyak motorsikal kepada 300 orang penunggang motorsikal terawal yang hadir pada hari Sabtu 20 Ogos 2022. 

Program ini diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Stesen Minyak Caltex, Bukit Aping, Lubuk Buntar dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Food Bank Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Selain daripada itu, Yayasan Food Bank Malaysia juga turut mengedarkan pek- pek makanan sumbangan daripada pelbagai syarikat korporat. 

Antara yang turut menyumbang ialah Syarikat Roti Gardenia Bakery, Mi Sedaap dan Mate- Mate Energy Drink. Walaupun nilai sumbangan yang diberikan tidak besar jumlahnya, namun ianya memberi makna yang cukup besar kepada mereka yang memerlukan.

Yayasan Food Bank Malaysia sentiasa mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak sama ada individu, agensi kerajaan, syarikat korporat dan NGO untuk bersama-sama membantu memberikan sumbangan kepada insan-insan kurang bernasib baik ini.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan kepada kami melalui akaun :
Yayasan Food Bank Malaysia, Maybank
5660 1063 0584

Bagi sumbangan berbentuk barangan keperluan, sumbangan anda boleh dihantar terus ke Pejabat Yayasan Food Bank Malaysia di alamat :
No. 8, Jalan BA4/1, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat 4, Kajang, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi :

1 comment:

  1. Government of the People’s Republic of Bangladesh, Directorate of Primary Education (DPE), is going to announce PSC Result 2022 in student wide on 30th December 2022 for all divisional Grade 5 exam result with Ebtedayee Result 2022 for annual final terminal examinations, The Primary School Certificate Examination Result 2022 will be announced for both of General and Madhrsah students in division wise to all education board known as Prathomik Somaponi Result 2022. DPE Result ComillaThe DPE has successfully conducted the class 5th grade PSC and Ebtedayee Examination tests from 17th to 24th November 2022 under all education boards of Dhaka, Chittagong, Comilla, Rajshahi, Sylhet, Barisal, Jessore, Dinajpur and Madrasah Board, and the DPE Grade-5 exams are successfully conducted at all 7,194 centers across the country.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???