Feb 5, 2017

Jaafar Onn Design x Eurotex Asia - Bahasa Malaysia post

Atas perundangan seseorang rakan media, saya pun menghadiri majlis pelancaran Karnival Tekstil Jaafar Onn Design keluaran Eurotex Asia bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur…

Image may contain: one or more people and people standing

‘Jaafar Onn Design’ diilhamkan oleh syarikat tekstil EUROTEX ASIA dibawah pengasas utama Encik Mohammad Azlan. Syarikat ini kepunyaan bumiputera 100% sepenuhnya.


Image may contain: indoor

Sejarah Eurotex Asia ini amat menarik... kerana ia adalah sebuah syarikat tempatan yang ditubuh bersama oleh 4 orang rakan niaga juga kalangan orang-orang tempatan. 

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Saya harus mengakui bahawa saya kagum dengan syarikat ini kerana syarikat ini ditubuhkan dan maju tanpa apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana pihak kerajaan atau pihak bank.

Image may contain: 1 person, on stage, standing and indoor

Tujuan utama Eurotex Asia ini, ialah untuk menyediakan platform untuk usahawan-usahawan yang ingin memulakan perniagaan tekstil yang bakal membawa keuntungan yang tinggi dan berisiko rendah.

Image may contain: one or more people, people on stage and indoor

Mereka mula beroperasi pada tahun 1991 secara kecil-kecilan melalui jualan car booth, uptown, pasar malam, flea market dan lain-lain. Jesteru dari itu, mereka telahpun mengembangkan lagi perniagaan dengan membekalkan kain-kain buat pakaian sekolah dan uniform untuk pihak kerajaan, sektor swasta, sekolah dan juga universiti. 

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Pada tahun 2000, mereka telahpun memulakan peluang perniagaan iaitu sebagai ejen atau pengedar kain di mana sebanyak 300 orang ejen telah dilatih di seluruh negara. Sambutan bertambah dari masa ke masa.

Image may contain: 3 people, people standing, people on stage and indoor

Fokus utama syarikat adalah untuk membantu golongan bumiputra dan masyarakat untuk memulakan bisnes mereka sendiri dengan menyediakan berbagai jenis latihan, online bisnes, kursus dan seminar.

Image may contain: 1 person, on stage and indoor

Sebagai pembuka tirai pada tahun 2017 ini Eurotex Asia telah bekerjasama dengan rakan artis Jaafar Onn untuk menerbitkan dan merealisasikan ‘Jaafar Onn Design’.

Image may contain: 3 people, people standing

EUROTEX ASIA kini mempunyai beberapa cawangan kedai yang beroperasi di alamat NO. 49-50 - 51 Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur dan dikenali sebagai AKED MATA AIR , AKED SALIHIN & AKED ASNIDAR.

Image may contain: 5 people, people standing and indoor

Rekaan Jaafar Onn satu ketika dahulu sering mendapat perhatian oleh penganjur-penganjur besar seperti ‘RATU MALAYSIA WORLD’ dan ‘RATU MALAYSIA UNIVERSE’. 

Image may contain: 1 person, standing

Pakaian tradisi ciptaan Jaafar Onn itu pernah juga diperagakan oleh peragawati terkenal seperti Kavita Kaur, Nancy Foo, Kelly Lieu, Yeo Chew Keng dan Datuk Michelle Yeoh.

Image may contain: 2 people, people standing

Jadi pihak EUROTEX ASIA mengangkat semula hasil ciptaan beliau dan berdiversifikasikan lagi corak yang lebih menarik dan terkini. Berkonsepkan ‘Warisan’ menjadi sumber inspirasi keluaran pertama dari EUROTEX ASIA.

Image may contain: 1 person, standing and text

‘Jaafar Onn Design’ kini akan menjadi satu trend yang akan di perkenalkan ke serata pelusuk Malaysia sebagai rekaan istimewa dari beliau. Di masa akan datang, pihak EUROTEX ASIA akan mengeluarkan material yang lebih baru dan istimewa dengan bermotifkan corak yang lebih ‘up-to-date’ serta menjadikan selebriti lain sebagai duta serta jurucakap untuk promosi syarikat EUROTEX ASIA.

Image may contain: 3 people, people standing

KARNIVAL TEKSTIL ini akan berterusan menjelajah ke seluruh Malaysia seperti Terengganu, Johor, Penang , Sabah dan pelbagai lokasi yang akan di maklumkan.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor

Sebagai informasi kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen atau rakan niaga; pihak kami menyediakan kursus berniaga secara on-line serta menyediakan pakej-pakej yang menarik untuk semua.


Antaranya adalah seperti berikut:

PAKEJ A (EMAS) - AGEN
Jumlah Pelaburan: RM 3,000.00
Pakej ini termasuk seperti berikut:

Batik Humairah = 25 helai
Pucci Exclusive = 25 helai
Royal Silk = 28 helai
Jumlah Kain = 75 helai

100 keping ‘paperbag’
Kit Alat tulis
75 helai kain ‘Shawl’
75 biji keronsang
PERCUMA (1) Set ‘Gummy Seal King’
PERCUMA (1) Unit Velvet Carpet
PERCUMA (1) Unit ‘Mannequin’
PERCUMA pertukaran fabrik (jika perlu)
PERCUMA (1) Set Bundle Beg Plastik Keluaran Eurotex saiz (XXL)
PERCUMA (1) Unit Rak Penyangkut Kain
PERCUMA (1) Unit Rak Kabinet Bertingkat
Mempunyai keistemewaan harga borong dengan diskaun 10% bagi setiap pembelian seterusnya.
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN PERCUMA
PERCUMA ‘ONLINE GROUP SET-UP’
Mempunyai kredit limit sebanyak RM 500.00


PAKEJ B (PREMIUM) - Rakan Niaga
Jumlah Pelaburan: RM 6,900.00
Pakej ini termasuk seperti berikut:

Batik Humairah = 57 helai
Pucci Exclusive = 66 helai
Royal Silk = 82 helai
Jumlah Kain = 205 helai

250 keping ‘paperbag’
Kit Alat tulis
205 helai kain ‘Shawl’
205 biji keronsang
PERCUMA (1) Set ‘Gummy Seal King’
PERCUMA (1) Unit Velvet Carpet
PERCUMA (2) Unit ‘Mannequin’
PERCUMA pertukaran fabrik (jika perlu)
PERCUMA (1) Set Bundle Beg Plastik Keluaran Eurotex saiz (XXL)
PERCUMA (1) Unit Rak Penyangkut Kain
PERCUMA (1) Unit Rak Kabinet Bertingkat
Mempunyai keistemewaan harga borong dengan diskaun 30% bagi setiap pembelian seterusnya.
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN PERCUMA
PERCUMA ‘ONLINE GROUP SET-UP’
Mempunyai kredit limit sebanyak RM1,000.00


PAKEJ C (TITANIUM) - PERKONGSIAN NIAGA
Jumlah Pelaburan: RM 10,000.00
Pakej ini termasuk seperti berikut:

Batik Humairah = 95 helai
Pucci Exclusive = 111 helai
Royal Silk = 139 helai
Jumlah Kain = 345 helai

300 keping ‘paperbag’
Kit Alat tulis
345 helai kain ‘Shawl’
345 biji keronsang
345 Set Mini Alat Mekap
PERCUMA (3) Set ‘Gummy Seal King’
PERCUMA (2) Unit Velvet Carpet
PERCUMA (4) Unit ‘Mannequin’
PERCUMA pertukaran fabrik (jika perlu)
PERCUMA (3) Set Bundle Beg Plastik Keluaran Eurotex saiz (XXL)
PERCUMA (2) Unit Rak Penyangkut Kain
PERCUMA (2) Unit Rak Kabinet Bertingkat
Mempunyai keistemewaan harga borong dengan diskaun 50% bagi setiap pembelian seterusnya.
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN PERCUMA
PERCUMA ‘ONLINE GROUP SET-UP’
Mempunyai kredit limit sebanyak RM 2,000.00

Dengan itu, sesiapa sahaja rakan rakan atau pembaca yang telahpun membaca blog ini yang ingin menceburi bisnes sendiri, bolehlah hubungi

Hotline: +6011 25532096 (Rahil) / +6017 2873081 (Rahayu) / +6013 4314066 (Affiq) / +6019 2593133 (Anas) / +6012 8417972 (Laila) / +6012 9855027 (Hafizah) / +6014 7176967 (Azlan)


2 comments:

What do you think of my blog???