May 9, 2014

Gambar kontroversi Che Ta dan Zain Saidin....

Gambar Rozita Che Wan dan Zain Saidin bercuti di Koh Samui menjadi perbualan hangat apabila sekeping gambar mereka berdua di atas katil ketika berada di sana yang dikatakan kurang sesuai.

Dalam foto itu, mereka berdua telah berbaring sambil ber'selfie' di atas katil yang dihiasi kelopak rose berbentuk love.

Che Ta telahpun berkongsi gambar ini di dalam Instagramnya dengan caption "Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin".

Gambar itu seolah-olah disalah erti oleh ramai pihak apabila ada yang mengkritik foto yang dikongsi itu tidak manis walapun mereka berdua suami isteri.

Saya memang tak faham kenapa orang mesti ada sesuatu untuk memburukkan orang lain. Kenapa gambar begitu jadi controversi pun saya tidak faham kerana mereka suami isteri yang sah,bukannya kekasih yang belum kahwin.

Rasa saya ada orang yang dengki melihat orang lain bahagia.

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???