Jan 5, 2016

BM Post: 5 Finalis Rebut Kejuaraan Ceria All Stars!



 5 finalis akan berentap di pentas akhir Ceria All Stars untuk merebut peluang bergelar juara sulung program realiti pencarian bakat serba boleh itu. Saya biasanya tidak akan pos dalam Bahasa Malaysia kerana saya mengaku saya lemah sedikit bila nak bertulis atau berblog dalam Bahasa Malaysia... tapi saya ingin juga berkongsi pos ini ... salah satu sebabnya adalah kerana anak bongsu saya , Anne  itu berminat dengan Ceria All Stars ini. Dan dia amat berminat dan menyokong Nur Amirah Syahirah...

Ok, pusingan separuh akhir Ceria All Stars yang berlangsung Jumaat lepas telah pun menyingkirkan 4Teen; sebuah kumpulan Beat Box yang terpaksa berputih mata selepas keputusan diumumkan pengacara Faizal Ismail di akhir rancangan.


5 finalis yang terlepas ke peringkat akhir adalah Nur Amirah Syahirah, 12 tahun (Bermain drum), Mohamad Iqmal Fikry, 15 tahun, (Pelukis Spray Art), Kumpulan BTB (Penari moden), Kumpulan LC (Tarian Kontemporari) dan juga calon wild card, Myra Lilly, 9 tahun yang berkebolehan melakukan aksi gimnastik sambil menyanyi.


Konsert akhir Ceria All Stars akan disiarkan secara langsung Jumaat ini, 8 Januari 2016, bermula jam 9 malam di Astro Ceria, Saluran 611 dan Astro Maya HD, Saluran 135. 



Konsert akhir ini bakal menampilkan Jihan Muse selaku pengacara manakala Nabil Ahmad dan Nora Danish kembali memainkan peranan selaku juri tetap. 

Penyanyi terkenal Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin pula akan membuat kemunculan khas selaku juri undangan.. Eee bestnyer kannnn......



Juara Ceria All Stars akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Manakala pemenang tempat keempat dan kelima pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 dan RM 3,000.00 beserta trofi. Format penjurian konsert akhir bakal dinilai oleh juri-juri profesional sebanyak 50 % dan juga undian penonton di rumah  sebanyak 50 %.


Ceria All Stars diaktifkan oleh Caliph Kids Expert dan diceriakan oleh Legoland. Pentas akhir Ceria All Stars bakal bersiaran 8 Januari ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria dan saluran 135, Astro Maya HD. 

Jangan ketinggalan!!! Saya pun tak sabar nak tahu siapa yang akan menjuarai Ceria All Stars ni...

1 comment:

What do you think of my blog???