Jun 6, 2014

BARISAN PENGULAS SUKAN TERBAIK ASTRO ARENA SIAP SIAGA BERTUGAS UNTUK PIALA DUNIA FIFA 2014


Bersempena dengan acara sukan terbesar dunia yang sentiasa dinantikan; iaitu Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Astro Arena membariskan pengulas sukan terbaik, yang terdiri daripada Datuk Hasbullah Awang, Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar dan Hakim Amir untuk mengulas perlawanan- perlawanan terpilih yang akan di siarkan di Astro Arena saluran 801 di samping Akhbar Sahari dan Hafizal Hamad sebagai pengantara setiap perlawanan.
Sejak tahun 2010, Astro Arena mencipta sejarah sebagai saluran televisyen pertama tanah air yang membawakan pelawanan Piala Dunia dengan ulasan dalam Bahasa Malaysia.

Dengan misi untuk terus melestarikan Bahasa Malaysia dan juga member ikan satu pengalaman yang berbeza, Astro Arena akan membawakan liputan sebanyak 30 perlawanan secara langsung dan lima perlawanan tertunda Piala Dunia FIFA 2014 khas until peminat bola sepak tanah air dengan ulasan perlawanan daripada para pengulas sukan yang berpengalaman luas dalam industri penyiaran sukan tempatan. Sepanjang Piala Dunia ini  berlangsung, kesemua perlawanan secara langsung dan tertunda boleh ditonton di saluran Astro Arena melalui Astro NJOI tanpa apa-apa cas tambahan. Untuk mereka yang bulan pelanggan Astro, mereka boleh mengikuti rangkaian perlawanan yang disiarkan di Astro Arena melalui Astro On The Go dengan hanya memuat turun di www.astroonthego.com .
Sepanjang kejohanan yang bakal berlangsung bermula dari 13 Jun hingga 14 Julai 2014, para pengulas sukan lagenda iaitu Datuk Hasbullah Awang, Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar dan Hakim Amir akan menemani para penonton dengan ulasan setiap aksi perlawanan dalam Bahasa Malaysia bagi memenuhi kehendak penonton yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Manakala, Akbar Sahari dan Hafizal Hamad akan bertindak selaku perantara bagi membuka gelanggang sebelum perlawanan bermula dan menganalisa setiap aksi selepas perlawanan tamat bersama tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan bekas pemain bola sepak kebangsaan. Antaranya Asmawi Bakiri, Hasnizam Uzir, Nazzab Hidzan, Richard Scully, Stanley Bernard, Azlan Johar dan Jalil Ramli.

Pietro Felix akan berada di Brazil bagi membawakan perkembangan terkini pasukan-pasukan yang akan beradu dalam merebut kejohanan jaguh bola sepak dunia.
Antara rangkaian program khusus di Astro Arena sempena Piala Dunia FIFA 2014 ialah program 'Formasi Ekstra' yang di siarkan selepas setiap pusingan perlawanan yang akan membawakan sorotan liputan Piala Dunia FIFA 2014; 'Masa Tambahan Edisi Piala Dunia' yang akan disiarkan pada setiap hari; dan pastinya 'Nadi Arena' sebagai medium buletin terkini laporan secara langsung dari Brazil oleh Pietro Felix.
Astro Arena juga akan mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan saluran radio "online" yang berkonsepkan gabungan laporan sukan yang santai dan rangkaian lagu-lagu tempatan serta antarabangsa. Salutan radio Arena ini akan ke udara bermula 7 Jun (Sabtu) ini dan terus menemani anda sepanjang Piala Dunia FIFA 2014 bersama penyampai seperti Burn, Dayang dan Jannah. Layari laman web Astro Arena di www.arena.my untuk mendengar saluran radio Arena.
Dengan itu, ikutilah liputan Piala Dunia FIFA 2014 hanya di Astro Arena saluran 801, Nadi Sukan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???