Jun 8, 2014

Profile Pengulas Sukan Astro Arena - Hafizal Hamad


Meminati bidang penyiaran sejak di bangku sekolah  dan memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran pada tahun 2003 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyampai berita, pengulas sukan dan Ketua Meja Sukan. Hafizal berhijrah menjadi keluarga Astro Arena pada januari 2013. Kenangan paling manis dalam kerjaya ialah membuat liputan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Hafizal pernah membuat ulasan dalam beberapa temasya berprestij seperti Sukan SEA Manila, Sukan SEA Korat, Sukan Asia Doha, Sukan Olimpik Beijing, Kejohanan Badminton All England dan Thomas Cup. Sepanjang kerjayanya Hafizal telah dianugerahkan sebagai Pengulas Sukan Terbaik Seri Angkasa 2011 dan turut dikurniakan Darjah Ahli Mahkota Pahang. Program kendalian Hafizal di Astro Arena ialah Bola@Mamak dan Bola.

0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???