Jun 8, 2014

Profile Pengulas Sukan Astro Arena - Datuk Haji Hasbullah Awang

Datuk Haji Hasbullah Awang adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang kini bertugas sebagai pengulas sukan di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhijrah dari  Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pengulas bersuara emas ini telah berkecimpung dalam dunia pengacaraan sejak 1976 sebagai juruhebah radio di RTM Kuantan dan kemudiannya berhijrah ke TV3 pada tahun 1992. Kenangan manis beliau sebagai pengulas adalah ketika Malaysia menjadi juara Piala Thomas, 1992. Beliau dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun antarabangsa.  Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???