Aug 18, 2016

Awal Ashaari and Scha Alyahya's daughter Lara Alana stars in her own reality show "Lara Oh Lara"


Sukar dipercayai, seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun, mampu meraih jutaan pengikut di laman sosial. Lara Alana, puteri kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, telah mencatat sejarah apabila pengikutnya mencecah 2.1 juta di Instagram dan lebih 1 juta di Facebook.  Aksi-aksi bayi comel ini sentiasa menjadi perhatian ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara serantau dan juga di Eropah kerana memiliki raut wajah yang comel di samping telatahnya yang manja.

Can you believe it when a 2 year old little girl have millions of followers on her social media account.. Yes, it is true, Lara Alana, the first born daughter to Malaysian Celebrity couple Awal Ashaari and Scha Alyahya made history with a whooping 2.1 million followers on her Instagram account and more than 1 million followers on Facebook itself... dang.... Why can't I be as popular as her... hahahahah.... Anyway. this cutie pie's actions are of great interest to many, not just in Malaysia but also in neighbouring countries as well as as even in Europe because she is just so adorable.



Kini, Awal dan Scha bakal mengundang kita menyelami kehidupan mereka bersama si comel Lara Alana menerusi sebuah program baharu yang akan menemui penonton Astro pada 17 Ogos 2016 ini. Lara Oh Lara (LOL), program realiti terbaharu Astro yang mengikuti kisah si kecil Lara Alana, akan mengisi slot eBu setiap Rabu, jam 9.00 malam di saluran 104, Astro Ria dan saluran 123, Astro Ria HD.

So now, Awal and Scha is inviting us all to experience some of their moments in life with the very cute Lara Alana in a new program that began on 17th August 2016. Lara Oh Lara (LOL) is the new Astro reality program that will follow adorable little Lara Alana on her adventures which will be aired on every Wednesday at 9pm  on Astro Ria, Channel 104 and Astro Ria HD, Channel 123


Menerusi program Lara Oh Lara ini, penonton akan dapat mengikuti perkembangan Lara sambil mengekori lebih banyak aktiviti berbeza berbanding apa yang dikongsi di laman sosial selama ini.  Program yang akan bersiaran selama 13 episod ini akan menyelami kehidupan berwarna warni Lara Alana, seorang puteri yang mempunyai sifat ingin tahu dan periang, selain memaparkan mereka sekeluarga berhadapan dengan pelbagai situasi menarik.

Through Lara Oh Lara, viewers can follow Lara's development as well as follow even more activities beside what has been shared over the social media. This 13 episodes program will share Lara ALana's colourful life, the life of a little girl with a happy and curious personality as well as how her family will react at different interesting situations...


Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Cik Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, "Lara berada pada usia yang comel, di mana dia sedang belajar berbahasa, menyanyi, menerokai dunia di sekelilingnya dan mencuba aktiviti baharu. Program Lara Oh Lara akan memperlihatkan dan mengabadikan kenangan-kenangan manis yang dilalui oleh Awal, Scha dan Lara serta menyelitkan klip-klip eksklusif yang tidak pernah ditonton sebelum ini. Kami berterima kasih kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana sudi berkongsi kehidupan mereka serta apa yang mereka pelajari sepanjang mendidik puteri tersayang.”

Cik Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Vice President for GEN NEXT Astro Business says, " Lara is at an adorable age, where she is learning to talk, sing, explore the world all around her as well as try out new activities. Lara Oh Lara will view and immortalize these sweet memories that Awal, Scha and Lara will go through and also slot in exclusive clips never seen before which has been in Awal's collection all these while. We would like to thank Awal Ashaari and Scha Alyaya for willingly share their lives and what they have learn educating  their first child."


Penonton Lara Oh Lara akan disajikan dengan pelbagai pengalaman pertama Lara seperti bertemu haiwan comel di Farm in the City, bermain di taman hiburan, mengikuti aktiviti sekolah dan meluangkan masa bersama datuk dan nenek. Di samping itu, menerusi percutian istimewa Lara ke Jepun bersama pihak penaja rancangan; Yakult, anak kecil ini didedahkan dengan pelbagai kebudayaan Jepun yang berwarna-warni!

Viewers for Lara Oh Lara will get to witness many of Lara's first experiences such as meeting adorable animals at the Farm in the City, playing at playgrounds, following school activities and spending time with her grand parents...Beside that, join Lara on her special trip to Japan with one of the main sponsors of the program, Yakult, where Lara is exposed to the colourful cultures of Japan...


Antara paparan menarik Lara Oh Lara ialah apabila beberapa rakan selebriti Awal dan Scha diberikan tugasan menjadi pengasuh Lara! Mampukah Zizan Razak yang terkenal dengan lawak bersahajanya itu menawan hati Lara? Berjayakah pelakon kacak Remy Ishak melayani telatah Lara? Dan apakah pengalaman Dynas Mokhtar atau Liyana Jasmay sebagai ibu membantu mereka berinteraksi dalam Lara? Semuanya dapat disaksikan dalam Lara Oh Lara. Ratu Rock negara, Ella dan suaminya Kapten Azhar Huzaimi Ghazalli juga turut tidak ketinggalan menyertai skuad ‘babysitter’ Lara. Bukan itu sahaja, Ella turut menyumbangkan satu lagu baharu berjudul  "Permata" untuk dijadikan lagu tema siri ini.

Among the interesting displays in Lara Oh Lara would be when several celebrity friends of Awal and Scha are given the task to be Lara's baby sitter!! Can Zizan Razak, well known for his jokes, win Lara over? Can handsome actor Remy Ishak cater to Lara's whims and fancies? And what about Dynas Mokhtar or Liyana Jasmay who are mothers themselves interact with Lara? You can watch all these in Lara Oh Lara.  Malaysian Queen of Rock, Ella and her husband Captain Azhar Huzaimi Ghazalli are not left out from joining Lara's babysitter squad. Ella is also singing the theme song for the series entitled "Permata"  (jewel)


Lara Oh Lara akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123, mulai 17 Ogos ini. Peminat juga boleh turut sama berinteraksi di media sosial menerusi akaun Facebook, MyeBu dan Instagramnya, @my.eBu . Untuk maklumat lanjut mengenai eBu, layari www.eBu.com.my.

Lara Oh Lara will air on every Wednesday at 9pm over on Astro Ria, channel 104 and Astro Ria HD, channel 123 from 17th August 2016.  Fans can interact over social media via MyeBu's Facebook and Instagram account @my.eBu.  For more details on eBu, check out www.eBu.com.my



1 comment:

  1. Found your blog from EvoEssay.com after reading their top 30 new blogs. Such a cute and a lovely little angel. Wishing the best for her. Cool theme you got here Miera!

    ReplyDelete

What do you think of my blog???