Mar 25, 2015

Jelajah SATE dan Mini Konsert Bagi Pendengar Setia ERA


Rancangan baharu di ERA fm iaitu SATE yang diumumkan baru-baru ini di Anugerah MeleTOP ERA yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil telah mendapat sambutan mesra di kalangan pendengar ERA fm. Seiring dengan pelancaran rancangan baharu itu, ERA fm telah menganjurkan siri jelajah SATE dan mini konsert khas buat para pendegar untuk mendekati para penyampai SATE dengan lebih dekat lagi. SATE meggabungkan penyampai radio Adi Fashla, Shahrol dan Tauke telahpun menjayakan jelajah pertama dan mini konsert di Plaza Angsana Johor Bahru dengan penampilan barisan artis terkenal antaranya Qierra, Mark Adam, Lawanie Geng and Ewal AF2014 pada 13 Mac 2015 yang lalu. 

Ternyata SATE mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari warga Johor tatkala ratusan peminat membanjiri  siri jelajah ini sambil berhibur dengan SATE. 


Jelajah SATE kemudiannya diteruskan pula untuk menghiburkan warga ibu kota Kuala Lumpur pada minggu lepas (20 Mac 2015) bertempat di Quill City Mall yang berlangsung dengan begitu meriah sekali. Persembahan artis terkenal Kaka Azraff, Sleeq, Sabhi Saddi dan juga Stacy telah berjaya menggegarkan pentas jelajah SATE.


SATE akan meneruskan jelajahnya pada 25 Mac 2015(Rabu) pada jam 4 hingga 6 petang bertempat di Giant Hypermarket, Klang Valley. Penonton bukan sahaja akan melihat pengendalian SATE secara langsung di depan mata sendiri malah turut melihatkan persembahan Sofaz, Azlan, RJ, Faizal Tahir, Awi Rafael dan Farahdhiya. Pelbagai persembahan menarik juga menanti para pengunjung. Malah, bagi mewujudkan kelainan sepanjang jelajah, temubual esklusif dengan artis terkenal akan diadakan secara langsung oleh geng SATE dan saksikan keletah mereka tatkala mereka mencabar sesama sendiri dalam permainan ‘dare’.



Sebagai penutup tirai jelajah ini pula, SATE akan berkunjung ke Nu Sentral pada 27 Mac 2015 (Jumaat) jam 4 hingga 6 petang dengan lebih banyak kejutan menanti para pegunjung. Saksikan juga mini konsert istimewa dengan persembahan hebat dari artis terkenal Aziz Harun, Payslip, Aril dan Azhael. 


Jangan lupa temujanji anda bersama SATE Sajian lawak TerBAEK setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam bersama pelawak terkenal negara Shahrol , Adi dan Tauke!


Dapatkan maklumat lanjut tentang  ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan
Saluran Astro (856)



1 comment:

What do you think of my blog???