May 20, 2016

GENG UPSR 2 KEMBALI DENGAN FORMAT BAHARU UPSR, APLIKASI CANGGIH DAN SELEBRITI PUJAAN


Adakah adik adik di rumah ini tengah membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini? Jangan  risau, kerana Astro telahpun memperkenalkan musim kedua GENG UPSR supaya adik-adik di rumah dapat belajar, berinteraksi dan berhibur sambil mengikuti perjalanan dan pengembaraan sekumpulan murid-murid tahun 6 dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR.



GENG UPSR 2 yang  berdasarkan format baharu UPSR yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia tahun ini telah pun dilancarkan di Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar dengan kehadiran wakil Astro, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia bersertakan murid murid darjah 6 sekolah tersebut....dan akan menemui penonton mulai 21 Mei 2016 ini (esok!!!), setiap Sabtu, jam 6 petang di Astro Tutor TV, saluran 601. 


Bak kata pepatah,berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Justeru, mereka semua berganding bahu membantu satu sama lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dan memahami pembelajaran masing-masing.

Musim kedua drama ini mengekalkan wajah-wajah ceria musim pertama seperti Shiekh Baseer, Wafiy, Erissa, Elyn Leong, Danish Zakwan dan Rafael El Arash. 


Puan Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata, “Kami telah menerima sambutan menggalakkan dan maklum balas positif untuk musim pertama GENG UPSR apabila GENG UPSR mencatat sejarah sebagai rancangan paling banyak ditonton di saluran Astro Tutor TV UPSR sejak saluran dilancarkan. 



Datuk Aznil Nawawi  membuat kemunculan tetap sebagai guru besar musim ini. Penyertaan dua pelakon cilik berbakat, Fikry dan Keziah Kaur pasti akan memeriahkan lagi keluarga GENG UPSR. 


GENG UPSR musim kedua ini juga menampilkan pemenang anugerah Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 29 iaitu Adira. Dia telah diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut pada  minggu lalu di pentas anugerah berprestij itu. Bukan itu sahaja, malah pemenang anugerah Artis Komedi Popular ABPBH 29, Abam Bocey akan turut sama mencuit hati penonton di rumah dengan gelagatnya yang selamba di samping elemen komedi yang menghiburkan. 



Drama ulang kaji interaktif UPSR sebanyak 10 episod ini dilengkapi dengan aplikasi GENG UPSR. Ini membolehkan pembelajaran interaktif dilakukan terhadap kesemua subjek secara langsung semasa para pelajar menonton drama bersiri ini di televisyen.


Kaedah ini juga meningkatkan pembelajaran menerusi nota ulang kaji dalam bentuk grafik dan menguji pemahaman mereka dalam subjek utama UPSR iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan mencuba pelbagai kuiz yang disediakan di aplikasi ini. 

Bersesuaian dengan tagline ‘Ada Aplikasi, Ada Kuasa’, aplikasi ini diharapkan dapat membantu para calon UPSR membuat persediaan dengan lebih baik lagi.


Seiring dengan perkembangan teknologi kini, aplikasi GENG UPSR memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji dengan kaedah yang lebih menarik dan bersifat interaktif. Elemen interaktif dan pembelajaran 360 darjah yang cuba kami tampilkan sejak dari musim pertama lagi telah diterima baik pelajar, ibu bapa mahupun pihak sekolah yang rata-ratanya telah mendapat manfaat berguna daripada drama ini. Justeru, beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk meningkatkan lagi keberkesanan siri interaktif ini dalam membantu adik-adik di rumah mengulang kaji.

  
Pelancaran GENG UPSR ini merupakan komitmen Astro untuk mendidik, memberi maklumat dan memperkayakan kehidupan murid-murid di Malaysia. Selain hiburan terbaik, 
Astro berbesar hati menjadi Rakan Strategik Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan terus menyediakan kandungan yang berkualiti berlandaskan sukatan pelajaran akademik yang diluluskan oleh kementerian menerusi Astro Tutor TV UPSR. 


4 episod program istimewa yang mengupas tentang kesemua format terbaharu subjek-subjek ini bakal ditayangkan pada bulan Jun. 

Sementara itu, bagi membantu persediaan akhir calon-calon UPSR, Gerak Gempur GENG UPSR Musim Kedua akan menemui penonton Ogos nanti di mana teknik menjawab soalan serta pelbagai lagi tip berguna akan dipaparkan.

Jadi, jangan lupa mengikuti GENG UPSR 2 di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601), setiap Sabtu, jam 6.00 petang, mulai 21 Mei 2016. 


Aplikasi GENG UPSR boleh diakses melalui telefon bimbit atau komputer tablet. Versi Android dan iOS aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma. 

Para pelajar yang mengambil bahagian dalam misi mingguan menggunakan aplikasi ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa sebuah ipad mini dan 10 Samsung Galaxy V Plus serta barangan eksklusif GENG UPSR. 

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepantasan masa serta ketepatan menjawab soalan. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 5 Ogos 2016 dan terbuka kepada  adik-adik di rumah.


Sama seperti musim terdahulu, drama ini boleh diiseiringkan juga dengan aplikasi GENG UPSR. Ini membolehkan pembelajaran interaktif dilakukan terhadap kesemua subjek secara langsung semasa para pelajar menonton drama bersiri ini di televisyen. Kaedah ini juga mampu meningkatkan pembelajaran menerusi nota ulang kaji dalam bentuk grafik dan menguji pemahaman mereka dalam subjek-subjek utama UPSR.

Berbeza dengan tahun-tahun  sebelumnya, kali ini aplikasi GENG UPSR diberikan nafas baharu seiring dengan hasrat Astro untuk memberi peluang kepada calon-calon UPSR tahun ini membuat persediaan yang lebih awal bagi menghadapi peperiksaan penting ini. Penggunaan konsep serta elemen-elemen Superhero memudahkan aplikasi ini digunakan untuk sesi ulang kaji yang lebih menyeronokkan. Para pelajar boleh mencipta sendiri karakter ‘Superhero’ masing-masing bagi memulakan pengembaraan ulang kaji mereka.


Selain anak-anak, ibu bapa juga boleh turut serta membantu mereka melakukan ulang kaji demi kebaikan bersama. Ibu bapa boleh memberi mata tambahan kepada anak-anak mereka setiap minggu sebagai ganjaran dan galakan . Mereka juga berpeluang mencatat rekod kemajuan anak-anak  serta memuat turun nota-nota berasaskan topik yang diberi dan seterunya mendampingi mereka. Kelainan ini pastinya membuatkan anak-anak di rumah lebih bermotivasi dengan sokongan dan dorongan yang ditunjukkan ibu bapa di luar sana. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi GENG UPSR dan maklumat terkini siri tersebut, layari www.tutortv.com.my/gengupsr. Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 03-9543 3838 atau layari www.astro.com.my.

Ada Geng, Senang Belajar! Mengulang kaji bersama GENG UPSR pastinya lebih menyeronokkan!


2 comments:

What do you think of my blog???