Mar 18, 2014

Pulau Perhentian


Trip Bengkel Penulisan, Pelaporan Media dan Fotografi ke Pulau Perhentian bersama Rakan Alam Sekitar (Hari Kedua)

Pagi kedua,kami bersarapan di kantin Kem Seri Keluang. Hidangan sarapan pada pagi itu nasi dagang, dan sepeket teh panas. 

Setelah bersarapan, kami pulang ke bilik untuk mengemas barangan dan pakaian.


Pada pukul 9 pagi, bas menghantar kami ke Jeti Kuala Besut. Kami diberitahu bot akan sampai pada pukul 11 pagi.


Terminal pelancongan Besut ke Pulau Perhentian


Saya pun mengambil kesempatan mencuci mata melihat kedai-kedai yang menjual cenderamata Pulau Perhentian. Terdapat banyak kemeja T, patung berbentuk ikan Nemo dan penyu, pemegang kunci dan juga fridge magnet dalam pelbagai corak

Comel tak?

Pada pukul 11pagi, kami pun menaiki bot kami. Kami dibahagikan kepada 3 bot


Satu bot boleh dinaiki 12 orang. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa 25 kerana laut pada hari itu memang aman.



Sebaik sahaja sampai di perkarangan Pulau Perhentian, kami semua tergamam buat sementara atas keindahan semulajadi yang terdapat di sini. 

Airnya berwarna biru kehijauan, pantainya putih dan kelihatan ikan-ikan dalam air yang jernih itu.



Keindahan permandangan disini memang membuat kami tergamam buat sementara.





Beg-beg kami di hantar ke resort melalui van. Kami berjalan ke resort itu dan berhenti berkali-kali kerana mengambil gambar. Kawasan itu terlalu cantik untuk TIDAK mengambil gambar.



Selepas check in, kami pun pergi ke restoran hotel itu untuk makan tengahari, dan selepas itu ke bilik masing-masing untuk rehat sehingga pukul 2.30 ptg




2.30petang: Kami pun berkumpul di bilik mesyuarat resort kami itu. En Zamri Mohamad menjadi fasilitator kami pada petang itu. Dia mengajar dan memberi tugasan kepada kami semua. 

Pada dua hari kami di sana, kami akan menjadi orang media. Kami di bahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan ada  pemberita dan 2 orang jurufoto.


Pada 4.30pm, dua bot Jabatan Taman Laut Malaysia sampai di jeti dengan sebuah lagi bot water taxi.

Bot Jabatan Taman Laut Malaysia


Bot utama dinaiki  Dato Abu Hasan (Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar), ketiga-tiga fasilitator , En Azree Hanafiah, En Zamri dan En Mohd Noor yang bertugas sebagai Jurufoto Utusan Malaysia serta En Wan Nor Azli Jasmi, Ketua Daerah Pejabat Jabatan Taman Laut Malaysia. Saya pun di ajak menaiki bot bersama orang-orang ternama ini.


Sebelum meninggalkan perairan resort, En Wan, menunjuk seekor penyu yang sedang berenang di permukaan laut lalu saya pun mengambil gambar penyu tersebut.


Penyu yang dilihat dari bot.



Kami dibawa ke pulau Perhentian Kecil ke pekan Perhentian Permai di mana penduduk asli Pulau Perhentian tinggal.

Di sini adanya sebuah hospital kecil, masjid, balai polis, gerai makan, kedai runcit  dan juga sebuah pusat komuniti di mana kaum wanita di pekan ini membuat kuih untuk di jual. 

Mereka juga mengajar pelancong asing yang sampai ke pekan ini bagaimana nak membuat kuih-kuih ini dengan mengenkan bayaran sedikit. Duit ini menjadi sumber pendapatan mereka.


Ini Kak Ani, seorang ahli dari Persatuan Wanita Pulau Perhentian di sini.



En Wan dan kakitangannya membawa kami ke Taman Laut Pulau Perhentian selepas itu untuk memberi kami peluang snorkeling. Kami di beri jaket keselamatan dan peralatan snorkeling. Permandangan dasar laut memang cantik .





Kelihatan kumpulan ikan yang mendekati kami dengan harapan diberi makan. 


kami bersnorkeling sehingga matahari terbenam dan selepas itu, kakitangan Taman Laut Malaysia pun hantar kami pulang ke resort .


Sebelum meninggalkan kawasan Taman Laut Pulau Perhentian, kami nampak bot -bot yang di kerah ke laut kawasan Pulau Perhentian dan Laut Cina Selatan untuk mencari pesawat MH370.

Bot maritim yang juga termasuk dalam pencarian kapal terbang MH370 yang hilang sehingga sekarang..



Sampai sahaja di bilik kami, kami pun mandi dan bersiap pergi makan malam dan kelas berikut sebelum dapat rehat sepenuhnya pada waktu 10 malam.


0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???