Mar 12, 2014

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah


Pusat ini terletak 15km dari pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang dan pelawat boleh memandu dengan selesa ke PKGK di Kuala Gandah.

Sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon,  menghantar surat atau membuat tempahan melalui sistem E-Tempahan di lamanwww.wildlife.gov.my

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya diterokai pembangunan dan perladangan.

Pusat ini juga merupakan  tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat meningkatkan kesedaran dikalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia.

Selain itu, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. 

Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan konservasi hidupan liar dan habitatnya.
Para pelawat digalakkan menonton dokumentari berkaitan penangkapan dan pemindahan gajah liar yang dirakamkan dengan kerjasama krew National Geographic.

Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. 

Waktu buka:9 pagi hingga 5 ptg

Tel:09-2790391


0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???