Oct 13, 2014

ERA fm Kini Mencari Penyampai TOP Malaysia!



Seperti yang sedia maklum, Khairil Azam Pilus atau lebih popular dengan panggilan Aril pernah mengendalikan segmen MeleTOP 40 ERA, telah pun mengambil keputusan untuk memberikan sepenuh tumpuannya dalam bidang nyanyian dan berundur diri dari ERA fm pada bulan lalu. Aril, yang pernah berkidmat hampir 2 tahun dan telah tamat kontrakya bersama ERA fm pada 30 September.


Bagi mengisi kekosongan untuk segmen yang pernah dikendalikan oleh Aril sebelum ini, pihak ERA fm telah mengumumkan sebuah kempen pencarian Penyampai TOP Malaysia sejak awal bulan lagi! Pelbagai kriteria yang telah ditetapkan bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluar ERA fm. Jika anda fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, mempunyai kebolehan bertutur dengan pantas, spontan dan teratur, juga mempunyai perwatakan yang menarik dan mampu menghiburkan pendengar.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm Nazri Noran,

“Sejak Aril telah meninggalkan kami untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian, kami memerlukan seseorang yang mempunyai bakat, kebolehan dan keberanian untuk menjadi salah satu dari ahli pasukan #ERAVENGERS. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan anda warga Malaysia yang memiliki kriteria-kriteria yang di tetapkan serta ingin mencuba nasib menjadi sebahagian daripada kami. Setakat ini, sambutan cukup hangat apabila kami menerima video-video serta profil yang kreatif. Pemilihan ke peringkat seterusnya akan dilakukan melalui sesi ujibakat selepas senarai pendek video terpilih di umumkan.”

Kepada anda yang berminat,  hantarkan profil anda ke laman web ERA di, http://era.fm/Home.aspx atau tunjukkan kebolehan anda dengan memuat naik video uji bakat anda ke Facebook, Twitter atau Instagram ERA fm dengan hashtag #PenyampaiTOPMalaysia. Video anda haruslah tidak melebihi 15 saat dan anda harus berusia di antara 18 hingga 30 tahun. Jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan bakat anda dan sertai pasukan #ERAVENGERS sekarang. Penyertaan ini masih terbuka kepada seluruh warga Malaysia sehingga akhir bulan ini!

Jadi, rebutlah peluang ini untuk menjadi Penyampai TOP Malaysia dan menjadi salah satu daripada ahli #ERAVENGERS!


Dapatkan maklumat lanjut tentang  ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:


103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan
Saluran Astro (856)


No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???