Sep 4, 2014

'Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur'


Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur? Itu soalan yang di tujukan, bersama dengan peluang keemasan untuk  terbang ke Medan, Indonesia bersama-sama Majalah LIBUR dan segala perbelanjaan Penerbangan KL - Medan - KL, Penginapan, Makan Minum yang akan ditaja sepenuhnya.

Peraduan ini anjuran bersama Blooggers Media dan Majalah Libur Karangkraf dan saya memang teringin mendapatkan peluang keemasan ini. Bahasa Malaysia saya bukannya yang terbaik, tetapi saya akan mencuba sebaik mungkin dan mengharapkan apa yang saya ingin sampaikan boleh difahami pembaca saya.

Majalah Libur merupakan sebuah majalah berkonsepkan pengembaraan dan percutian. Ia khusus bagi mereka yang hendak bercuti di destinasi-destinasi percutian tempatan dan luar negara. Maklumat pengembaraan dipaparkan dengan konsep yang pratikal dan mesra pembaca. Mengandungi pelbagai topik yang menjadi persoalan para pengembara di dalamnya.
Ia juga merupakan majalah percutian yang terunggul di Malaysia. Majalah ini menggunakan "Riang & Selesa" sebagai motonya dan diterbitkan semenjak tahun 2002. Majalah Libur merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan sudah mendapat pelbagai anugerah termasuk
 • Gold Award - MPA Magazine Awards 2013 - Category Special Interests & Niche – Bahasa
• Bronze Award - MPA Magazine Awards 2013 - Category Special Interests & Niche – Bahasa
• MPA Magazine Award 2006 –Best Cover Design - Malay (Lifestyle Magazine): Libur magazine
• “Majalah Pelancongan Tempatan Terbaik” - Anugerah Pelancongan Malaysia 2011.  Penganjur: Kementerian Pelancongan Malaysia
Untuk pengtahuan selanjutnya, sila layari 


Blooggers Media ialah satu komuniti yang ingin bersama mebina komuniti blogger yang terbaik. Kalau anda seorang blogger, anda harus menyertai Blooggers Media supaya anda dapat menyertai aktiviti-aktiviti dan “job” yang akan di kongsikan. Moto Blooggers Media ialah “Rezeki dikongsi bersama”, dengan tu, jika anda belum menyertai Blooggers Media, klik dibawah dan cepat sertai

Saya memang minat melancong, tetapi sayangnya, saya bukan daripada orang berada atau keluarga yang kaya. Dengan itu, saya hanya dapat melancong sekali sekala. Majalah Libur yang membuka mata, minda dan membawakan saya menerokai khazanah silam, semulajadi atau bandar-bandar cosmopolitan yang mengkagumkan  bersama penulis- penulis hebat mereka ke destinasi- destinasi impian dan juga mengemukakan destinasi-destinasi yang saya tidak tahu sebelum ini juga.

Penulisan dalam Majalah Libur itu ikhlas dari pandangan penulis dan gambar-gambar yang di ambil semuanya sungguh menawan

Majalah Libur juga membukakan mata saya bahawa ada juga ramai destinasi tempatan yang hebat –hebat yang harus di terokai atau di kunjungi, selain destinasi Asia Tenggara dan seterusnya, dunia.
Saya sememangnya peminat Majalah Libur dan saya amat teruja apabila ternampak naskah terkini di kedai majalah atau kedai buku.

Marilah mengikuti cerita-cerita hebat penulis Majalah Libur dan menghayatilah apa yang saya menghayati selama ini.

Dan…. Destinasi Peraduan ini… Medan, Indonesia….


Kota Medan adalah ibu kota daerah Sumatera Utara, Indonesia. Ia adalah bandar terbesar di Sumatera, dan Bandar keempat yang paling besar di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Medan bersempadan dengan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan dan dengan Selat Melaka di sebelah utara.

Kunjungan ke Medan tidak lengkap jika tidak melawat Tasik Danau Toba di Parapat iaitu tasik yang terbesar di Indonesia dan juga Asia Tenggara. Tasik Danau Toba terjadi dari kawah Gunung Berapi dan ada juga cerita lagendanya. Pemandangan di Danau Toba amat cantik dan menarik sekali. Di tengah-tengah Danau Toba itu ada sebuah pulau yang dipanggil Samosir yang merupakan perkampungan traditional yang amat menarik….

Ada lagi ramai tempat menarik seperti Brastagi,  Air Terjun Siposo-Piso dan juga Kota Medan sendiri, dan saya amat harap saya adalah orang yang dipilih untuk menikmati peluang ke Medan ini…



Peraduan ini adalah anjuran bersama Blooggers Media dan Majalah LIBUR.
( Gambar -gambar sekadar hiasan dan diambil dari google.com)

1 comments:

What do you think of my blog???