Sep 10, 2014

ERA MEMPERSEMBAHKAN AFGAN 'L1VE TO LOVE' DI KUCHING

ERA mempersembahkan Afgan 'L1VE TO LOVE di Kuching pada 14 September 2014. Afgansyah Reza, seorang penyanyi solo terkenal berasal dari Indonesia berusia 25 tahun. Beliau lebih dikenali sebagai Afgan akan berada di Kuching untuk mempromosikan album terbarunya 'L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE' dengan single terbarunya 'Katakan Tidak' akan menghiburkan  peminatnya di The HILLS Shopping Mall, Aras Concourse pada pukul 2 petang.




Peminat yang teruja untuk bertemu Afgan secara dekat dan peribadi  berpeluang untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra dan mendapatkan pass Rockzone dari ERAfm Sarawak. Anda perlulah menjadi pemanggil pertama melalui di 082 420961 apabila penyampai ERA memainkan  isyarat memanggil  dan peserta haruslah memberi kata laluan "Afgan LIVE TO LOVE" untuk mendapatkab pass Rockzone dan menyanyi satu lagu Afgan untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra beserta pass Rockzone pada hari  tersebut. Di samping itu melalui jam bonus, ERA fm Sarawak akan memberikan akses eksklusif untuk makan malam bersama Afgan kepada satu pemenang bertuah.

Manakala bagi pendengar ERA di Sabah, mereka juga berpeluang untuk menyaksikan showcase Afgan di Kuching. Pemenang akan menerima penerbangan dan penginapan akan dibiaya penuh selama 2 hari, 1 malam perjalanan ke Kuching, autograph album, menghadiri sesi beramah mesra serta makan malam eksklusif bersama Afgan melalui "ERA MeleTOP". Pendengar perlu menjadi  pemanggil pertama melalui talian 088 485 024 dan menjerit  'Saya mau jumpa Afgaaaaaaaaan ....! yang paling lama untuk memenangi perjalanan ke "Afgan L1VE TO LOVE" showcase di Kuching.




Selain memenangi melalui ERAfm, The Hills Shopping Mall dan Stesen One Café akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan jemputan sesi beramah mesra & pass Rockzone  juga. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/hillsmall.kch, www.facebook.com/station1kuching atau hubungi  Hills Shopping Mall at  082 253309.

Bukan itu sahaja, peminat Afgan juga akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada Syamin seorang penyanyi baru yang berasal dari Sarawak. Syamin kini tampil dengan single pertamanya yang berjudul Lagi dan Lagi. Lagu dan lirik oleh komposer terkenal Malaysia Ajai, sebuah nama yang cukup besar dalam industri
hiburan tanahair.  Acara ini disokong oleh Leema, Drink The Music dengan kerjasama The Hills Shopping Mall, SRC, Station One Café dan Orang Kampong.



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai showcase "Afgan L1VE TO LOVE" di Kuching,  sila layari fbsarawak.era.fm, fbsabah.era.fm dan dengarkan ERAfm Sarawak & Sabah.

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???