Sep 2, 2014

Selebriti Tempatan Dan Atlet Negara, Meriahkan Senamrobik Merdeka Bersama JoHaRa Pagi ERA di Astaka Taman Titiwangsa semalam

Lebih 1200 orang telah menyertai acara Senamrobik Merdeka anjuran stesen ERA fm bersama penyampai-penyampai segmen JoHaRa Pagi ERA semalam bersamaan 1 September 2014. Acara yang bermula pada jam 6 pagi dan berakhir sekitar  10 pagi menyaksikan aktiviti-aktiviti senaman seperti Zumba serta pelbagai gaya senaman yang di ketuai oleh juru tari terkemuka Alam Wakaka. Selain itu, turut memeriahkan lagi acara Senamrobik Merdeka semalam adalah barisan artis-artis tempatan seperti Elfira Loy, Forteen, Hanie Soraya, Azhael, Amira (AF 2013), Aisyah (AF 2013), Nomad, Fida Ibrahim serta ramai lagi selebriti menyertai aktiviti sihat ini. Turut memeriahkan lagi Senamrobik Merdeka semalam seperti Raja Syahiran (Pemenang Bakat JoHaRa 1) , Hafifi Mansor (Pemenang Pingat Emas Sukan Komanwel), dan Adik Rykarl (Kobe).



Menjadi tumpuan orang ramai apabila, YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan telah melakukan lawatan secara mengejut di laman Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Beliau tidak ketinggalan menyertai Senamrobik Merdeka bersama-sama orang ramai.
 
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun ini, ini merupakan suatu keunikan yang dianjurkan oleh stesen ERA fm apabila menggabungkan suatu semangat kemerdekaan dan kesukanan bersama-sama pendegar. JoHaRa Pagi ERA juga telah bersiaran secara langsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa sambil bersenam!
 
Pihak ERA fm merasa sangat gembira melihat sambutan yang cukup meriah apabila jumlah peserta Senamrobik Merdeka yang dianjurkan semalam seperti di luar jangkaan. Keseronokan suasana menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57 bersama-sama penyampai JoHara Pagi ERA bukan sahaja dirasai oleh pedengar ERA fm sendiri, malah barisan penyampai ERA fm turut berasa bangga apabila acara sebegini mendapat sambutan hebat dari para selebriti, para  pengunjung dan pendengar ERA fm!
 
Inilah masanya untuk anda sentiasa dengan gaya yang sihat dan cergas! Selain berpeluang menunjukkan semangat cintakan negara di sana, anda juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti kesihatan dengan menjalankan aktiviti senaman bersama-sama selebriti popular tanahair.
 

Kata Pengurus Kandungan ERA fm, Nazri Noran ;

Anjuran Senamrobik Merdeka di Astaka Taman Titiwangsa pada jam 6 pagi hingga 10 pagi semalam, bukan sahaja meyaksikan kebanggaan warga Malaysia dalam menyambut Hari Kemerekaan ke -57, malah,  dalam pada memupuk semangat cintakan negara, mereka sangat mementingkan penjagaan kesihatan dengan menyertai acara-acara sebegini di waktu cuti umum bersama keluarga. Dengan adanya acara sebegini, pihak kami juga dapat bertemu pedengar sambil merapatkan lagi silaturahim antara penyampai radio, selebriti  bersama orang ramai. Terima kasih di ucapkan kepada semua yang menyokong penuh acara ini , juga paling membanggakan apabila mendapat sokongan penuh dari YB Khairy sendiri.”


Dapatkan maklumat lanjut tentang  ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan
Saluran Astro (856)

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???