Sep 29, 2014

ERA fm Kini DiKenali Sebagai WondaERAfm!

Bersempena sambutan Hari Kopi Antarabangsa harini, ERA fm telah pun dikenali sebagai stesen WondaERAfm!  Stesen WondaERAfm hari ini,  ingin memberikan wang tunai RM 10, 000 kepada para pendengar. Stesen istimewa ini juga mengajak semua penggemar kopi untuk sama-sama meraikan hari istimewa ini dengan menyertai sebuah peraduan menarik sepanjang minggu ini. Pendengar hanya perlu memuat naik gambar di akaun media sosial media anda. Gambar yang di muat naik haruslah yang paling kreatif dan menunjukkan anda sedang meraikan Hari Kopi Antarabangsa sama ada melalui akaun facebook, twitter atau Instagram. Seterusnya, pastikan anda mengambil gambar tersebut bersama sebuah botol tin minuman kopi Wanda dengan menggunakan hashtag #WondaERAfm


Penyertaan yang paling kreatif bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10, 000! Para peserta yang telah berjaya menjadi sebahagian peserta yang telah disenarai pendek namanya akan di umumkan pada jam 12 tengah malam malam ini, 30 September 2014 melalui akaun laman sosial masing masing oleh pihak WondaERAfm sendiri. Pastikan anda berikan maklumbalas sebelum jam 8 pagi (30 September 2014) untuk mengelakkan pembatalan penyertaan anda!

Paling menarik sempena Hari Kopi Antarabangsa hari ini, bermula jam 8 pagi hingga 10 malam ini, beberapa selebriti tempatan seperti Misha Omar, Amir Jahari, Faizal Tahir, Indah (AF 2013), Faizul ( AF 2013), Achey Bocey, Akim, dan Forteen akan bertandang di konti WondaERAfm untuk bersembang cerita-cerita mereka berkenaan kopi dan perkembangan terbaru bersama penyampai WondaERAfm yang bertugas! Nantikan cerita-cerita menarik mereka!



Dapatkan maklumat lanjut tentang  ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:


103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan
Saluran Astro (856)

1 comments:

What do you think of my blog???