Nov 1, 2014

Sesat? Ean Bantu Tunjuk Jalan Melalui Aplikasi Waze!

Astro Radio adalah rakan Waze pertama lancarkan navigasi
menggunakan suara selebriti

Ean, penyampai The hitz fm Morning Crew merupakan selebriti Malaysia yang pertama dilantik untuk menjadi suara perantara di dalam aplikasi Waze (http://www.waze.com)  bagi navigasi di Malaysia. Mulai 1 November 2014, para pengguna Waze di Malaysia diberi pilihan untuk memilih suara Ean sebagai pek suara aplikasi Waze, dimana Ean akan membimbing dan menunjukkan arah mereka dalam perjalanan.



Ean Nasrun berkata, "Saya merasa sangat teruja  apabila dilantik untuk menjadi selebriti pertama di Malaysia apabila suara saya digunakan untuk memberikan arahan kepada pengguna jalan raya ke destinasi pilihan mereka di aplikasi Waze. Saya juga merupakan pengguna setia aplikasi ini, dan juga salah seorang peminat fanatik suara-suara selebriti yang mereka telah digunakan sebelum ini termasuk Terry Crews dan Kevin Heart. Oleh itu, apabila saya diberi peluang untuk menggunakan suara saya untuk aplikasi ini , kini telah menjadi kenyataan. Saya tidak boleh menolak peluang keemasan ini.


Sebelum ini, Astro Radio telah bekerjasama dengan pihak Waze untuk memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai keadaan lalu lintas jalan raya melalui kesemua 9 stesen beroperasi di bawah payung Astro Radio seperti hitz fm, MIX fm, ERA fm, MY FM, LiteFM, SINAR fm, MELODY FM, THR Raaga and THR Gegar.

"Rakyat Malaysia telah menghabiskan sejumlah besar masa mereka di jalan raya dan  melawan arus kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dalam perjalanan mereka pada setiap hari. Dengan adanya kerjasama Waze dan Astro Radio, kini telah banyak membantu pihak kami untuk menghubungkan media tradisional bersama rangkaian media social untuk memberikan sumber-sumber kandungan dan menambah laporan-laporan lalulintas jalan raya melalui saluran radio. Ini adalah contoh terbaik kerana pengguna teknologi dapat membantu mempernaiki kehidupan para pendengar kami   “kata Jake Abdullah, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio.”



"Ean menjadi selebriti Malaysia yang pertama menjadi suara perantara dalam aplikasi ini, dan kami berharap  untuk mendapatkan lebih  ramai lagi suara- suara penyampai radio Astro Radio digunakan di aplikasi Waze. Saya percaya dengan adanya kerjasama bersama Waze ini dapat menunjukkan bahawa tumpuan kami tetap berpandukan apa yang pendengar kami mahukan " tambah beliau.

Pek suara Waze akan disediakan secara PERCUMA pada sistem aplikasi iOS, Android dan peranti telefon pintar Windows. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Waze dari stor aplikasi yang tersedia, kemudian pergi ke 'tetapan', pilih 'suara' dan pilih 'English' sebagai bahasa dan pilih 'Ean' untuk suara. Pek suara secara automatik boleh dimuat turun dan pemilihan akan anda sudah sedia untuk menggunakan Ean sebagai navigasi trafik yang akan membimbing di atas jalan raya dan turut menghiburkan anda.
“Selain mencuit hati para pendengar radio setiap hari, kini Ean dapat mengiburkan para pengguna disamping turut menjadi penunjuk arah mereka dikala perlu," kata Amir Mirzaee, Pengarah Pembangunan Perniagaan Waze di Malaysia.”
Tambah beliau, "Waze sentiasa mencari kaedah-kaedah kreatif untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan sepanjang anda berada di dalam kereta, dan kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan lebih erat bersama pihak Astro Radio bagi mencapai matlamat itu."
Waze membolehkan pengguna kenderaan untuk sentiasa mengemaskini dan menasihati pengguna jalan raya untuk perjalanan seterusnya. Aliran maklumat yang berterusan ini adalah sangat menarik dan membuatkan aplikasi ini menjadi salah satu navigasi yang paling popular di Malaysia dengan berjuta-juta pengguna yang aktif setiap hari. Malaysia tersenarai dalam Top 5 komuniti Waze terbesar daripada hampir 200 buah negara yang tersenarai.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ean pada layari http://waze.hitz.fm



No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???