Nov 26, 2014

Upin & Ipin dilantik sebagai duta “Japan Halal Expo 2014”

Tahu tak anda watak animasi Upin & Ipin dari Les’ Copaque Production telah dilantik menjadi duta acara “Japan Halal Expo 2014” yang pertama kali diadakan di Jepun. Sebelum ini, Jepun tidak pernah mengadakan sebarang acara makanan halal memandangkan pasaran Halal di Jepun masih baru. “Japan Halal Expo 2014” berlangsung di Makuhari Messe pada 26 hingga 27 November 2014. Hasil dari kerjasama bersama pihak penganjur Halal Media Japan dan Makuhari Messe, akhirnya acara ini direalisasikan dan  Upin & Ipin dipilih sebagai ikon bagi makanan halal.



 Upin & Ipin dipilih kerana watak animasi ini sangat sinonim dengan makanan halal dan masyarakat Islam di seluruh dunia. Pemilihan ini juga terdorong dari kerjasama bersama syarikat Jepun Tsuburaya untuk animasi “Upin, Ipin dan Ultraman Ribut”. 


 Untuk memasuki pasaran Jepun bukanlah sesuatu yang mudah. Kami harus mencipta pasaran baru melalui makanan halal dan restoran Upin & Ipin di Jepun.  Selepas kejayaan episod istimewa bersama Ultraman, kami merancang untuk mengadakan kerjasama jangka panjang bersama syarikat Tsuburaya.” ulas Tuan Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.


Pada acara ini, Les’ Copaque Production turut membuka booth promosi untuk restoran Upin & Ipin yang baru dibuka di Ebisu, Tokyo. Restoran ini dikenali sebagai “Ippin Teppanyaki” yang menyajikan makanan halal Jepun serta Malaysia. Di Jepun, “Ipin” bermaksud sesuatu yang paling bagus. Oleh itu nama “Ippin” digunakan bagi menyesuaikan dengan masyarakat Jepun.


 Selepas “Japan Halal Expo 2014”,  Les’ Copaque Production bakal mengembangkan perniagaan di negara Jepun dari pelbagai aspek. 

0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???