Jul 27, 2014

Barisan Pelakon Utama Kelas 601

Barisan Pelakon Utama Kelas 601














KAK LINDA  -  ELFIRA LOY
Tutor Bahasa Melayu peribadi kepada Afiq dan Sara. Guru yang penyayang dan lebih dianggap
sebagai kakak kepada Afiq dan Sara. Agak lurus dan naif terutamanya berkaitan dengan perihal lelaki. Sentiasa memakai cermin mata serta berperwatakan sebagai seorang ’ulat buku’. Mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi terhadap penggunaan Bahasa Malaysia yang salah dan apabila terdengar kesalahan bahasa, matanya akan berkerdip-kerdip dan mulutnya akan berkeriut-keriut. Sentiasa membawa payung







ABANG BOB  -  YUS JAMBU
Bapa saudara kepada Afiq. Tinggal di rumah Afiq dan selalu menemaninya. Berperwatakan lucu dan agak ‘gila-gila’. Masih mencari pekerjaan tetap kerana mempunyai terlalu banyak cita-cita yang ingin dikecapi. Sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu namun malangnya, Abang Bob sentiasa gagal. Sentiasa cuba menandingi Abang Lokman dan mempunyai sifat melindungi terhadap Kak Linda yang agak kuat terutamanya apabila Abang Lokman mnunjukkan minat pada Kak Linda.














AFIQ  -   WAFIY CERIA POPSTAR
Merupakan seorang pelajar yang nakal dan perlu dipaksa untuk belajar. Lantaran itu, Kak Linda bertindak sebagai tutor untuk mengajar di rumahnya. Mempunyai kegemaran tegar dengan permainan video. Sentiasa menyakat Sara yang berperwatakan agak serius. Afiq juga seorang yang suka ambil mudah tentang kebanyakan perkara. Sifatnya yang tidak kemas dan selalu menyelerakkan barang menyebabkan Sara sentiasa marah pada Afiq.


















SARA  -  TRISYA CERIA POPSTAR
Merupakan sahabat baik kepada Afiq. Sara sangat bersemangat mengenai bab pelajaran. Sentiasa mempunyai jangkaan tinggi terhadap  diri sendiri. Bergaduh dengan Afiq seakan  rutin bagi Sara. Berperwatakan comel dan sangat pembersih. Berbadan kecil namun sangat garang. 














ABANG LOKMAN   -   WAK DOYOK
Jiran kepada Afiq. Bekerja sebagai seorang  juruterbang. Dikenali dengan misai dan janggut yang tebal. Mempunyai perasaan terhadap Kak Linda dan sentiasa cuba untuk mengagumkan Kak Linda dengan susunan kata yang indah tetapi mempunyai kesalahan bahasa yang ketara


No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???