Aug 7, 2014

KISAH BOIKOT, ZIONIST DAN YAHUDI

Sekadar berkongsi ilmu dan pendapat yang saya turut mempercayai.... Sekarang Miera di sini pun terasa dan merasai ada di kalangan kita ini memboikot membuta dan terlalu mengikutkan emosi sehingga pekerja di syarikat2 yang berbangsa Malaysia dan beragama Islam pun boleh kena ludah dan maki. 

Di manalah timbang rasa dan hormat di antara bangsa kita sendiri ini. Tolong guna pemikiran dan jangan terlalu mengikutkan emosi sahaja. Kesian kepada yang tiada kena mengena.  Kalau ini kelakuan kita, apa bezanya kita dengan Zionist dan manusia - manusia kejam yang lain di dunia?






Yang ini di tulis oleh teman Facebook bernama Faizul Ridzuan...





"Kita boikot syarikat yang menyumbangkan dana kepada regim zionist bukanya kita boikot semua syarikat yahudi. Kena faham beza antara yahudi and zionist. Bukan semua yahudi itu zionist and bukan semua zionist itu yahudi. Ada juga islam yang zionist. Kalau syarikat aku sumbangkan dana kepada regim zionist, boikot lah syatikat aku walaupon aku orang Islam. Faham dah? Dan jangan terlampau keji yahudi kerana most of our rasul and nabi adalah yahudi. Kecam zionist, bukan yahudi." - Carl Samsudin
Saya post kan tulisan bro Carl Samsudin sebab saya tengok ramai sgt org muslim yang membenci org Yahudi tanpa sebab. Mungkin sbb mereka sangka semua yang yahudi itu adalah zionist yang kini sedang menyeksa Palestin. Kita kena faham yang bukan semua org Yahudi adalah Zionist :
1. Ramai nabi dan rasul kita asalnya dari Bani Israel. Ramai nabi kita seperti Nabi Isa / Jesus , Yusuf, Musa, Yusuf semua asalnya juga dari Bani Israel.
2. Ada ramai org Yahudi yang mengecam perbuatan Yahudi Zionist di Israel terhadap Palestin. Mereka benci dgn Yahudi ZIonist di Israel, macam kita jugak. Dan meraka dah bersuara menentang Zionist ni dah bertahun, bukan macam saya yang baru je nak sedar semenjak bulan lepas. Jadi bagi saya, mereka ni lebih lebih sayangkan saudara Palestin kita lebih daripada saya sendiri. Salah satu contoh mereka yang menentang kekejaman zionist :
3. Ada sekumpulan org mengaku islam tetapi perangai sama macam zionist. ISIS di Iraq dan ISIL di Syria adalah contoh terbaik. Mereka mengugut utk menyembelih org Iraq yang beragama Kristian jikalau mereka enggan masuk Islam. Saudara Islam di Syria yang menentang ISIL pun dibunuh. Sejak bila pula agama Islam membenarkan perlakuan sebegini? Ramai yang berkata mereka ni boneka Amerika, wallahu'alam. Moralnya, bukan semua org yang mengaku islam sahaja yang elok dan betul. Dan bukan semestinya mereka yang beragama lain tu mesti salah dan jahat.

4. Bukan semua syarikat yang dimiliki oleh orang yahudi perlu diboikot. Tak semua syarikat Yahudi yang menyokong dan membantu Zionist Israel menindas dan membunuh warga Palestin. Contoh terbaik adalah Facebook. Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook juga seorang yahudi. Mark tak menyokong Zionist Israel, dan kalau bukan kerana Facebook kita susah nak dapat berita sebenar mengenai apa yang berlaku di Palestin. Dan Facebook ni, diberi PERCUMA diberi oleh orang yahudi yang tiada kaitan dengan zionist. Kepada yang suruh boikot Facebook ni semata-mata kerana ia ciptaan seorang Yahudi, pergilah belajar dan fahamkan perbezaan org yahudi dan Zionist dulu.

Semoga kita fahami kenapa kita boikot and benci sesuatu, dan bukan membabi buta ikut boikot tanpa ilmu dan fahaman. Jangan sebarkan fitnah tanpa fahaman sbb ini bukan cara org Islam. Jgn kita salahkan semua org Yahudi kerena perbuatan yahudi Zionist di Israel. Kita pun tak suka kalau org labelkan kita sebagai agama yang memperjuangkan keganasan & penindasan sebab perbuatan segelintir extremist seperti ISIS, ISIL atau Al Qaeda.
Saya benci Zionist Israel kerana penindasan mereka atas org Palestin and saya boikot syarikat yang menyokong Zionist Israel.
Anda?
Photo: Luahan hati seorang rakyat Malaysia yang berkerja di McDonalds, Mohon SHARE
hormat lah sesama insan...

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???