Aug 21, 2014

LOKASI TERAKHIR UNTUK SESI LATIHAN PERCUBAAN KEM BADMINTON ASTRO

Peluang terakhir untuk tahun ini buat bakat-bakat muda berumur dari 10 hingga 12 tahun untuk menyertai sesi latihan percubaan pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 bertempat di Pioneer Badminton Centre Indah Parade, Kuala Lumpur.

bakat-bakat muda yang sudah terpilih


Sesi latihan percubaan pertama Kem Badminton Astro telah dijalankan pada 17 Mei 2014 di Penang diikuti dengan Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan kini bakal menjengah ke lokasi terakhir di Kuala Lumpur, pada hari Sabtu ini, 23 Ogos 2014. Lebih 1500 kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam sesi percubaan yang dikendalikan oleh barisan jurulatih professional diketuai oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia iaitu Wong Choon Hann dan dibantu oleh tiga orang lagi bekas pemain badminton tanah air iaitu Lee Wan Wah, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.

wong choong hann

Bagi mereka yang sudah mendaftarkan diri secara atas talian diingatkan untuk berada di Pioneer Badminton Center Indah Parade, Kuala Lumpur pada jam 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran dan juga penyerahan baju-T Kem Badminton Astro untuk sesi latihan.

perserta tengah mendengar taklimat dari ketua jurulatih



Kem Badminton Astro yang dianjurkan oleh Astro Kasih adalah sebahagian daripada kerjasama antara Astro, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Sekolah Badminton Li Yongbo untuk memberikan peluang buat bakat-bakat muda menjalani struktur latihan dan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan potensi mereka dalam sukan ini dari pemain amatur kepada pemain bertaraf dunia di samping memupuk minat mendalam serta penyertaan yang lebih ramai daripada generasi muda.



Seramai 60 peserta yang berpotensi akan dipilih daripada sesi latihan percubaan untuk menjalani latihan intensif selama seminggu bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecergasan dan strategi mereka. Seusai sahaja latihan intensif di Kuala Lumpur, seterusnya seramai 30 peserta terbaik akan diberikan peluang untuk menjalani Latihan Intensif Lanjutan selama dua minggu di pusat latihan badminton terkemuka dunia iaitu Sekolah Badminton Li Yongbo di Dongguan, China pada hujung tahun ini. Akademi tersebut yang dinamakan bersempena dengan ketua jurulatih pasukan badminton negara China itu diketuai oleh Tang Xianhu yang bertindak selaku pengetua dan merupakan seorang jurulatih badminton terkemuka yang telah melatih ramai pemain badminton masyhur negara China antaranya Lin Dan. Akademi ini juga menjadi pusat latihan pasukan kebangsaan serta menyediakan salah satu struktur program latihan terbaik di dunia.

Sertai program pembangunan belia Kem Badminton Astro dan rebut peluang ini untuk menjadi pelapis pemain badminton professional negara. Untuk maklumat lanjut berkaitan Kem Badminton Astro, sila layari www.facebook.com/astrokasihmalaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Tammy Toh,
VP, Head of Communications, Astro
Tel: 03- 9543 6688 ext 2046;

Ooi See Bee
AVP Communications, Astro
Tel: 03-9543 6688 ext 7321

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???