Aug 22, 2014

DUA EPISOD ISTIMEWA OH MY ENGLISH! SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 24 DAN 31 OGOS INI!

Jibam bawa penonton kembali ke masa silam pada tahun 1957 untuk selami detik-detik bersejarah


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, Astro TVIQ bakal mempersembahkan siri sitkom pendidikan popular, Oh My English! (OME!) Musim Ketiga dengan dua episod Istimewa Merdeka pada 24 dan 31 Ogos 2014 (Ahad), jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610)

OME! Istimewa Merdeka menjanjikan hiburan hujung minggu yang menyeronokkan dengan kandungan yang padat dengan gelak ketawa dan juga ilmu yang berguna diselitkan dengan suntikan semangat patriotik. Para peminat siri ini pastinya teruja untuk menyaksikan watak-watak kegemaran mereka, antaranya, Jibam(Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee
(Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa Ravindran), Jojie (Nadiya Nisaa), Putri (Amyra Rosli), Khai
(Shafiq Kyle) serta guru-guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) dan Miss
Soo (Carmen Soo) bakal tampil dengan karakter yang berbeza dalam satu jalan cerita klasik
yang sangat menarik.


Selain itu, Frankie Lee, pelakon utama daripada filem yang memecahkan rekod kutipan tertinggi di Malaysia iaitu The Journey dan juga P. Jegananthan yang merupakan pelakon filem Kami Histeria akan turut membuat penampilan istimewa dalam episod kali ini.

Dalam episod ini, Jibam ditugaskan untuk mengemas rumah sebelum datuknya tiba. Ketika membersihkan bilik stor, Jibam terdengar telefon usangnya berdering. Apabila dia mengangkat gagang telefon, dia dibawa ke tahun 1957. Jibam berasa sangat gembira apabila bertemu dengan rakan sekelasnya, Zack tetapi sebenarnya orang tersebut adalah seorang penarik beca yang bernama Amran. Seterusnya, Amran membawa Jibam ke tapak pesta ria.


Di sepanjang perjalanan, Jibam mendapati bahawa dia berada di Kampung Ayer Dalam dan
terserempak dengan gadis jelita yang bernama Azizah (Putri). Ketika berada di tapak Pesta Ria,
mereka bertemu dengan Selvi (Anusha) yang menceritakan tentang suatu acara terbesar yang
akan diadakan di Kuala Lumpur pada keesokan hari iaitu sambutan Hari Merdeka. Jibam
bagaikan tidak percaya bahawa dia telah dibawa ke hari Kemerdekaan tahun 1957. Mereka juga
bertemu dengan penjual sate, Ah Chiew (SYS) dan Khir (Khai). Jibam disalah anggap sebagai
tukang masak sate dan terpaksa menangkap ayam liar. Para pelanggan tidak berpuas hati
dengan sate yang disediakan oleh Jibam dan akibatnya, Jibam dihalau, lantas melarikan diri
bersama Amran. Selepas itu, Jibam juga cuba membeli ais kepal daripada seorang pakcik
berbangsa Cina (Frankie Lee) dengan menggunakan wang kertas lima ringgit moden tetapi
dianggap sebagai wang palsu. Jibam menyedari bahawa kehidupan pada tahun 1957 adalah
sangat berbeza dengan kehidupan masa sekarang. Adakah Jibam dapat kembali ke masa kini
atau terus terperangkap di tahun 1957? Sama-sama kita saksikan episod istimewa ini untuk
mengetahui jawapannya.


Selain itu, para peminat OME! juga boleh berkongsi keseronokan dan turut sama menyertai sesi
pembelajaran Bahasa Inggeris secara interaktif di atas talian melalui rangkaian kandungan
terbaru di laman web rasmi OME! (www.ohmyenglish.com.my) dan juga menerusi laman-laman
sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube. Pelbagai aplikasi dan aktiviti menarik
menanti para peminat antaranya Brainbox, Pop Quiz, Worksheet, Ask Teacher serta beberapa
segmen interaktif, permainan, di sebalik tabir OME!, gambar-gambar menarik, muat turun
eksklusif dan banyak lagi yang pastinya dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran
Bahasa Inggeris anda.

Bukan itu sahaja, OME! turut memperkenalkan inisiatif baru di mana para peminat kini boleh
memuat naik gambar mereka ke Instagram mengikut tema setiap episod siri OME! yang
disertakan dengan hashtag #OhMyEnglish dalam butiran gambar mereka. Gambar terpilih akan
disiarkan di televisyen semasa episod OME! sedang ditayangkan. Untuk maklumat lanjut, sila
ikuti akaun Instagram rasmi Oh My English di @ohmyenglish.


Jangan ketinggalan untuk bersama Jibam dan rakan-rakannya menyelami pengertian sebenar
kemerdekaan sambil belajar dan berhibur dalam Oh My English! (OME!) Musim Ketiga dengan
dua episod Istimewa Merdeka pada 24 dan 31 Ogos 2014 (Ahad), jam 9.30 malam secara
eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610)

1 comment:

What do you think of my blog???