Aug 30, 2014

Sessi seram sewaktu menjalani pengambaran "Jin"

Anak saya berkeras nak menonton cerita Jin kerana teman baik sekolahnya berlakon dalam cerita itu. Cerita filem itu memang menakutkan sejak bermula hingga akhirnya, Dan amat realistik seperti cerita hantu barat atau Jepun.

Yang tambah misterinya ialah apabila pengarah filem itu,Pierre Andre mengakui "diganggu" ketika menjalani pengambaran filem seramnya.

Menurut Pierre Andre, dia sendiri mengalami pengalaman hampir disampuk ketika pengambaran
Pengambaran filem ini sepatutnya hanya 10 hari tetapi macam2 dugaan yang misteri dilalui sepanjang masa rakaman.
"Sepanjang filem, kerap sangat gangguan yang kami terima.

"Saya sendiri hampir-hampir terkena juga. Ada satu babak nenek kena sampuk itu sebenarnya dia benar-benar disampuk.

"Pelakon yang membawakan watak Tok Wan itu dirasuk ketika sedang berlakon dan baru kami sedar apabila saya cakap 'cut' dia masih tidak sedarkan diri," katanya. 

"Saya terkejut juga. Energy rumah tempat kami membuat pengambaraan itu tidak bagus sebenarnya. Tetapi tidak mengapa. Jin bukan filem yang sempurna tetapi saya puas dalam mengarahnya
"Apabila saya dekati alam misteri, perkataan hantu itu sebenarnya tidak wujud yang hanya adalah jin. Jin boleh menyerupai apa-apa sahaja.



"Masyarakat sudah menyimpang. Saya sampaikan mesej secara realistik dan halus agar boleh difahami. Saya mahu masyarakat faham dan mendapat kesedaran tentang apa yang saya cuba sampaikan"
"Saya memilih Ustaz yang muda bagi filem ini kerana mahukan pembaharuan. Selalu kalau watak ustaz mesti yang berumur. Jadi saya ambil ustaz muda iaitu Ustaz Naufal"

Zul Ariffin berkata dia merasakan aura tidak sedap sepanjang berada di rumah berkenaan. Dia juga tidak tidur di sana kerana setiap kali datang pada keesokan harinya pasti ada cerita kurang enak yang terjadi diceritakan oleh kru penggambaran.

"Saya akui seorang yang penakut. Sepanjang berlakon filem ini saya tidak berani duduk seorang diri. Apabila tiada babak saya akan sentiasa duduk bersama kru dalam kelompok yang ramai.

"Cukuplah pengalaman melihat Tok Wan disampuk diletakkan di hadapan saya dan itu benar-benar membuatkan saya fobia. Namun pengalaman berlakon di dalam filem ini cukup memberi saya pengalaman untuk berlakon filem seram pada masa akan datang," katanya.

Antara artis yang terbabit menjayakan filem ini ialah Zul Ariffin, Mon Ryanti, Harun Salim Bachik, Zarynn Min dan Imam Muda Naufal.

'Jin' adalah sebuah filem seram yang menceritakan mengenai perjalanan sepasang suami isteri muda yang bernama Syafiq (Zul Ariffin) dan Lily (Mon Ryanti). Syafiq yang merupakan seorang peniaga berusaha meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan membeli sebuah rumah agam untuk isterinya yang tercinta
"Banyak kejadian yang berlaku semasa mereka pindah ke rumah baru. Mereka suami isteri diganggu oleh jin. 

Apa yang saya cuba sampaikan adalah istilah hantu sebenarnya tidak wujud. Itu semua adalah angkara jin. Ramai orang beranggapan yang hantu itu sesuatu yang realistik atau sesuatu yang benar-benar wujud, sedangkan tidak ada satu ayat pun berkaitan dengan hantu di dalam kitab suci Al-Quran.

Namun kita diberi petunjuk di dalam Al-Quran tentang jahatnya pengaruh iblis, syaitan dan jin. Kita juga diberitahu yang makhluk-makhluk itu boleh menyerupai apa sahaja untuk menyesatkan umat manusia terutama jin kafir," ujar pengarah filem ini.

Bercakap mengenai persembahan pelakon-pelakon dalam filem ini, Pierre menjelaskan yang dia begitu senang dengan karakter yang dibawakan oleh Zul dan Mon. Bagi Pierre, kedua-dua pelakon utama ini berjaya dalam membawakan watak masing-masing.

"Saya  sangat berpuas hati dengan lakonan mereka. Mereka sangat realistik dan tidak nampak seperti sedang berlakon. Saya sememangnya mahukan satu persembahan yang natural. Mon juga tidak mengenakan solekan yang berlebihan bagi mewujudkan nuansa natural," Pierre berkata mengakhiri perbualannya.

During shooting - 'Kissya Nick' my daughter's friend

0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???