Oct 4, 2014

ASTRO ARENA UMUM PEMENANG HADIAH RM15,000 UNTUK LIGA SUPER FANTASI 2014


Hari ini Astro Arena mengumumkan para pemenang utama bagi LIGA SUPER FANTASI 2014 iaitu sebuah permainan dalam talian yang melibatkan kemahiran pengurusan sesebuah pasukan bola sepak anjuran Astro Arena yang semakin mendapat tempat di kalangan para pencinta bola sepak tanah air.


Kejayaan liga super fantasi yang diadakan buat pertama kali pada 2013 dan membuatkan Astro Arena menganjurkan lagi Liga Super Fantasi 2014 untuk musim baru 2014. Persaingan sengit yang bermula sejak 17 Januari 2014 sehinggalah ke set perlawanan akhir yang tamat pada 25 Jun 2014, kini telahpun menemui jaguh dan juara Liga Super Fantasi 2014!



 Liga Super Fantasi 2014 adalah sebuah permainan pengurusan pasukan bola sepak di mana pemain akan dibekalkan dengan modal sebanyak 100 juta dan dikehendaki untuk menubuhkan pasukan Liga Super Fantasi dan menamakan pasukan ciptaan pemain. Mereka dibenarkan untuk membeli seramai 11 orang pemain bola sepak di mana setiap pemain bola sepak yang dipilih berkemungkinan akan menyumbang mata mengikut jadual mata yang disediakan. Pemain juga hanya dibenarkan memilih maksimum hanya tiga pemain bola sepak yang beraksi dalam pasukan yang sama.

Dengan semua pasukan Liga Super giat mempersiapkan pasukan bagi cabaran baru, sudah pasti kerancakan Liga Super Malaysia bertambah hangat dengan format pemain import 2 + 1 yang baru diperkenalkan. Adunan pemain telah diuji dan hanya percaturan yang mantap akan melayakkan pemain meraih mata tertinggi. Terdapat pelbagai hadiah bulanan dan hadiah utama yang disediakan buat pengumpul mata tertinggi.


Berbeza dengan musim yang lepas di mana pemenang tempat pertama membawa hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, untuk tahun ini Astro Arena telah meningkatkan lagi jumlah wang tunai yang bakal dimenangi oleh pemenang tempat pertama iaitu sebanyak RM15,000!!

Azman Fahmi Osman, Penolong Naib Presiden Penjanaan Pendapatan Astro Arena bekata Liga Super  Fantasi telah diadakan pada tahun lalu dan Fantasi Piala Malaysia pula pada tiga tahun lalu adalah inisiatif pihak Astro Arena untuk memeriahkan dan menghangatkan lagi liga bola sepak negara dan bagi menghargai para peminat bola sepak tanah air. Selain itu, peminat juga berpeluang menguji kemampuan sendiri dengan menguruskan pemain-pemain terbaik dan membentuk menjadi sebuah pasukan impian yang hebat.  


Penyertaan pada tahun ini adalah sangat membanggakan jika dilihatkan jumlah peningkatan pemain yang mengambil bahagian mencatatkan jumlah lebih daripada 200 ribu penyertaan. Saya mewakili pihak Astro Arena ingin mengucapkan tahniah buat para pemenang dan diharapkan agar para pencinta sukan tanah air akan terus memberikan sokongan kepada Astro Arena dan industri sukan Malaysia keseluruhannya”.

Sepanjang Liga Super Fantasi 2014 berlangsung telah menyaksikan beberapa pemain yang mengumpul mata tertinggi setiap bulan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sejumlah RM2,000, sehelai jersi pasukan Liga Super pilihan mereka serta 2 tiket perlawanan Liga Super pilihan. Manakala, untuk hadiah utama bagi pengumpul mata tertinggi sepanjang Liga Super Fantasi 2014 ini berlangsung  akan memenangi hadiah wang tunai sejumlah RM15,000. Pemenang tempat kedua pula memenangi wang tunai sejumlah RM3,000 dan tempat ketiga memenangi wang tunai RM2,000.


Selain itu, Liga Fantasi Piala Malaysia yang bermula pada 13 Ogos lalu masih sedang berlangsung dan saingan peserta semakin hangat. Fantasi Piala Malaysia akan berakhir pada perlawanan terakhir 8 November ini dan masih belum terlambat untuk anda mendaftar secara mudah dan percuma di fantasy.arena.my.



0 comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???